Umat Islam di seluruh negara menyambut ketibaan 1 Syawal hari ini dalam kebiasaan baharu ketika negara masih berperang dengan ancaman pandemik COVID-19 yang menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Aidilfitri yang kebiasaannya disambut meriah bagi meraikan kemenangan umat Islam berpuasa, kali ini diraikan penuh kesederhanaan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, antaranya mengehadkan ziarah raya hanya pada hari pertama sahaja dan tiada ziarah kubur.
Beberapa negeri tidak membenarkan solat sunat Aidilfitri diadakan di masjid dan surau, sekali gus menyaksikan ramai yang melaksanakan ibadah itu di rumah masing-masing bersama keluarga, manakala bagi negeri yang membenarkan solat sunat itu dilaksanakan, ia perlu mengikut SOP ditetapkan kerajaan.
Di SELANGOR, masjid dan surau lengang susulan arahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang tidak membenarkan solat sunat Aidilfitri diadakan tetapi umat Islam tetap meneruskan ibadah itu di rumah masing-masing berpandukan kit solat dan khutbah hari raya yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM ).
Di TERENGGANU, larangan mengadakan solat sunat Aidilfitri di surau dan masjid di negeri ini tidak menghalang rakyat Terengganu untuk melakukan solat itu bersama keluarga di rumah malah meskipun terikat dengan PKPB, kemeriahan sambutan Aidilfitri tetap dirasai.
Mohd Zaideen Yusoff, 60, menganggap larangan itu membawa hikmah kerana beliau dapat bersolat hari raya berjemaah bersama keluarga mentuanya di Kampung Bukit Besar, di sini.
Di PERLIS, tiada solat sunat Aidilfitri dilakukan di masjid seluruh negeri, selain semua kawasan tanah perkuburan umat Islam ditutup. Hanya ahli jawatankuasa kariah yang terpilih sahaja dibenarkan bertakbir raya mengikut panduan yang telah disediakan oleh Jabatan Mufti Perlis melalui corong-corong pembesar suara masjid bermula selepas solat Subuh sehingga 9 pagi.
Di PAHANG, umat Islam kekal berada di kediaman masing-masing pagi ini ekoran keputusan kerajaan negeri Pahang supaya tidak diadakan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah di masjid pada tahun ini.
Di MELAKA, masjid-masjid negeri yang menjadi tumpuan terutama Masjid Al-Azim di Bukit Palah untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri juga sunyi kerana tiada solat diadakan sebagai langkah mengekang penularan pandemik COVID-19.
Di SABAH, tinjauan mendapati Masjid Bandaraya dan Masjid Negeri Sabah lengang berbanding pada tahun-tahun lepas yang sentiasa sesak dan dipenuhi kenderaan jemaah yang datang untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri susulan arahan umat Islam di negeri itu tidak dibenar mengadakan solat sunat itu di masjid.
Di PULAU PINANG, umat Islam terus mematuhi PKPB dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah masing-masing berikutan arahan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sebelum ini agar semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan solat sunat Aidilfitri.
Di KELANTAN, tinjauan mendapati solat sunat Aidilfitri yang diadakan di Masjid Sultan Muhammad II di Telipot di sini pada 8.30 pagi hanya dihadiri oleh imam tua, imam muda, bilal dan siak tanpa kehadiran ahli jawatankuasa masjid mengikut SOP ditetapkan termasuk penjarakan sosial dan pemeriksaan suhu badan.
Di JOHOR, solat kali ini di Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru yang diimamkan oleh Imam Sabaruddin Zainon turut memperlihatkan penjarakan sosial diamalkan oleh semua 12 jemaah sebagai langkah membendung penularan jangkitan COVID-19.
Di NEGERI SEMBILAN, seramai 12 jemaah yang terdiri daripada jawatankuasa masjid hadir di Masjid Negeri, Seremban bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Imam 1 Masjid Negeri, Ahmad Rijal Ghazali berlangsung dengan penjarakan sosial dan tiada aktiviti bersalaman seperti kelaziman.
Di PERAK, solat sunat Aidilfitri diadakan di Pusat Penempatan Gelandangan Semasa COVID-19, di Arena Badminton Perak dan diimamkan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kinta Kapten Muhammed Ameen Salleh Mura yang disertai 13 jemaah termasuk seorang gelandangan yang mengikuti SOP dengan menjaga penjarakan sosial.
Di KEDAH, Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata jemaah yang menunaikan solat sunat Aidilfitri di 576 masjid di negeri itu mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya mengamalkan penjarakan sosial ketika berada dalam masjid.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 24 2020
Aidilfitri yang kebiasaannya disambut meriah bagi meraikan kemenangan umat Islam berpuasa, kali ini diraikan penuh kesederhanaan. - Foto Bernama
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya