KELUARGA diraja Johor kecewa dan kesal terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin kononnya rumah tangga Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah dan suami, Dennis Muhammad Abdullah berantakan.
Dakwaan yang disebarkan di laman sosial itu disifatkan keluarga diraja Johor sebagai serangan berniat jahat.
Dalam satu kenyataan kepada Pejabat Media Diraja Johor, Tunku Aminah menyuarakan rasa kurang senang terhadap khabar angin mengenai rumah tangganya.
Kekecewaan itu juga termasuk dakwaan mengenai ‘urusan perniagaan’ membabitkan produk penjagaan kulit dan pelangsingan.
"Saya dan suami bahagia, bertentangan dengan apa yang dikatakan menerusi khabar angin.
“Saya juga tidak menyokong mana-mana produk seperti yang ditulis oleh pihak tidak bertanggungjawab ini yang menggunakan nama saya untuk meraih perhatian,” kata Tunku Aminah dipetik sebagai berkata dalam laman Facebook The Royal Johor.
Halaman Facebook The Royal Johor turut memuat naik paparan skrin entri kenyataan media itu pada Rabu.
“Keluarga Diraja Johor berharap tindakan segera akan diambil oleh Facebook untuk menarik kandungan berniat jahat, sejajar dengan ikrar syarikat itu untuk memastikan berita palsu ditangani dengan tegas,” tambah kenyataan itu lagi.
Tunku Aminah yang juga puteri tunggal Sultan Johor mendirikan rumah tangga dengan Dennis warganegara Belanda pada 14 Ogos 2017.
Astro Awani
Thu Jan 31 2019
Tunku Aminah dan Dennis yang berkahwin pada 14 Ogos 2017 sangat bahagia dan dakwaan rumah tangga pasangan berkenaan berantakan adalah palsu. - Gambar fail
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
SolaRIS memberdaya permintaan solar, tingkat peluang kerja - Pakar
Permohonan boleh dibuat bermula 1 April sehingga 31 Disember 2024 dan permohonan NEM Rakyat yang telah diperolehi perlu beroperasi selewat-lewatnya 31 Mac 2025, atau sehingga kesemua kuota rebat SolaRIS habis diagihkan, yang mana terdahulu.
Masyarakat dinasihati pantau penggunaan tenaga elektrik
Ketua Pegawai Retail, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kamal Ariffin A.Rahman berkata cuaca panas melampau mampu memberi kesan kepada kadar permintaan dan penggunaan peralatan elektrik isi rumah.
Perginya Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee
Jenazah Tokoh Wartawan Negara 2014 allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mahmud Isa Arbee selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 7 Shah Alam pada Jumaat.
'No free lunch', tiada penambahan hari tol percuma - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak berhasrat untuk menambah bilangan hari bagi pemberian tol percuma sempena Aidilfitri tahun ini.
Masters Sepanyol: Jun Hao, Wan Arif-Roy King teruskan cabaran
Leong Jun Hao mengesahkan slot suku akhir Sepanyol Masters Super 300 selepas menewaskan pilihan keenam dari Taiwan, Lin Chun Yi.
Ringgit dibuka rendah susulan jangkaan AS tangguh turun kadar faedah
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar AS.
[TERKINI] Bas persiaran terbalik, 2 maut di Bentong
Sebuah bas persiaran dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Km 51.4 arah Timur (Bukit Tinggi - Lentang) lebuh raya Karak Bentong pada awal pagi Jumaat.
Pantau Belanjawan: Riba & gharar dalam aplikasi kewangan digital
9.24 juta telah daftar PADU
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) menunjukkan peningkatan iaitu 9.24 juta telah berdaftar setakat Khamis.
Tunku Aminah, Dennis bahagia, dakwaan rumah tangga berantakan tidak benar
KELUARGA diraja Johor kecewa dan kesal terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin palsu mengenai rumah tangga Tunku Aminah dan Dennis.
Tunku Tun Aminah melawat Zaibo beri kata-kata semangat
Anakanda Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim hari ini berkenan melawat pelakon veteran dan pelawak Zainal Ariffin Abd Hamid yang dikenali sebagai Zaibo di kediamannya di Rengit, Johor.
'Tak sangka kain tenun saya reka jadi pilihan Tunku Tun Aminah' - Tengku Puan Pahang
Tengku Puan Pahang tidak menyangka kain tenun yang direka hasil tangan banduan Penjara Penor menjadi pilihan anak saudaranya untuk majlis perkahwinannya.
'Persiapan untuk majlis Tun Aminah dah ready, adik dijemput Allah sehari sebelumnya'
Seorang abang meluahkan kisah adiknya menemui ajal sebelum sempat menghadiri majlis perkahwinan Tunku Puteri Johor, Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah, semalam.
TPM Singapura hadir majlis perkahwinan Tunku Aminah hari ini
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean akan menjadi wakil khas Perdana Menteri Lee Hsien Loong ke majlis perkahwinan puteri diraja Johor esok.
Tunku Tun Aminah sempurnakan majlis khatam al-Quran
Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim menyempurnakan pembacaan surah lazim sempena Majlis Khatam al-Quran di Istana Bukit Serene di sini, hari ini.
'Sebagai suami isteri, kami akan tinggal di rumah sendiri' - Tunku Aminah
Puteri Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim sedang menyiapkan mahligai baharunya sebagai persediaan mengharungi kehidupan selepas mendirikan rumah tangga.
Pekerja istana terharu terima jemputan kahwin Tunku Aminah
"Saya terkejut dan bagaikan bermimpi apakah betul atau tidak mendapat jemputan itu, sehingga meremang bulu roma."
Perkahwinan diraja kekalkan adat dan tradisi Johor
Tunku Aminah berkata ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu perkahwinan diadakan dengan menampilkan segala keunikan dan kekayaan warisan serta tradisi negeri itu.
Sultan Johor berpuas hati pengajian Islam bakal menantu
Sultan Johor berkenan dan berpuas hati dengan pencapaian pembelajaran agama Islam Dennis Muhammad Abdullah, bakal suami puteri tunggal baginda, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah.