Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengungguli senarai lelaki Malaysia paling dikagumi, demikian menurut kajian tahunan YouGov yang dinanti-nantikan masyarakat.
Keputusan itu, yang berdasarkan kepada kajian ke atas 1,075 rakyat Malaysia oleh sebuah firma pasaran, juga melihat Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan pertama Malaysia terpaksa mengalah kepada Perdana Menteri berusia 94 tahun itu, untuk menduduki tempat kedua.
Satu lagi nama rakyat Malaysia yang dikagumi dalam senarai sepuluh teratas itu ialah Datuk Lee Chong Wei, yang baru-baru ini bersara daripada bermain badminton Olimpik dengan menduduki tempat keenam.
Usahawan billionaire teknologi juga antara yang turut disenaraikan.
Antaranya pengasas microsoft dan dermawan Bill Gates menduduki tempat keempat, pengasas Alibaba Jack Ma di tempat kelima dan pengasas Facebook Mark Zuckerberg menduduki tempat kesembilan.
Ahli politik juga disenarai dalam 10 teratas dengan bekas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di tempat kelapan dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di tempat kesepuluh.
Senarai 10 individu paling dikagumi itu dilengkapi dengan aktor seni mempertahankan diri dari Hong Kong, Jackie Chan di tempat ketiga dan pemain bola dari Portugis, Cristiano Ronaldo tempat ketujuh.
Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin pula adalah wanita Malaysia paling dikagumi untuk dua tahun berturut-turut disusuli isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Wanita pertama Malaysia sebagai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menduduki tempat ketiga.
Senarai wanita Malaysia itu dilengkapkan dengan usahawan dan pengasas FashionValet dan The dUCk Group, Datin Vivy Yusof di tempat ketujuh.
Pengacara program bual bicara Oprah Winfrey menduduki tempat keempat, pelakon Hollywood Angelina Jolie dan Emma Watson masing-masing di tempat kelima dan keenam dan penyanyi Amerika Taylor Swift di tempat ke 10.
Senarai itu dilengkapi dengan bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama di tempat kelapan dan Queen Elizabeth II di tempat kesembilan.
Pada Disember, YouGov mengumpulkan pencalonan daripada juri dari 41 negara dan menyoal mudah: "Fikirkan orang yang masih hidup di dunia hari ini, siapakah lelaki atau wanita yang anda paling kagumi?"
Pencalonan ini kemudian digunakan untuk mengumpul senarai 20 lelaki dan 20 wanita yang menerima pencalonan paling banyak dan dicalonkan oleh sekurang-kurangnya empat negara.
Tambahan 10 individu tempatan popular ditambah kepada senarai itu untuk setiap negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2019
Dr Mahathir, Sheikh Muszaphar dan Chong Wei merupakan antara lelaki Malaysia paling dikagumi menurut kajian tahunan YouGov. - Gambar fail
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Anwar seru rakyat lakukan perubahan, angkat martabat, darjat negara
Malaysia perlu berani melakukan perubahan bukan saja di peringkat menteri dan ahli politik, bahkan rakyat keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak
Kerajaan negeri tidak bercadang menetapkan kuota antara ahli politik serta golongan profesional khususnya dalam pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), di Perak.
Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen
Anwar berkata cadangan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana.
Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar
Ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen mungkin boleh memenuhi tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu pencen sahaja.
Cadangan mansuh pencen turut terpakai kepada ahli politik - PM Anwar
Cadangan mewujudkan kakitangan awam tidak berpencen juga akan terpakai kepada ahli politik.
Titah Sultan Sharafuddin kukuh perpaduan amat wajar - Ramanan
Katanya, titah Sultan Sharafuddin itu tepat bahawa Malaysia perlu berbangga dengan latar belakang berbilang kaum dan ia harus dipertahankan.
Bekas ahli politik Sepanyol ditembak di muka
Mangsa hanya cedera selepas insiden pada jam 1.30 tengah hari itu dan beliau dibawa ke hospital untuk tujuan rawatan.
Anugerah darjah kebesaran, Sultan Nazrin bersifat terbuka - Mohd Zahidi
Mohd Zahidi berkata, situasinya berbeza berbanding sekitar dua atau tiga tahun lalu.
Jangan hanya fikir keuntungan politik - Mufti
Ahli politik perlu utamakan usaha memberi kefahaman yang tepat kepada masyarakat termasuk bukan Islam tentang maksud sebenar ayat al-Quran.
'Ada YB bina jambatan ke kebun sendiri'
Nor'izah mengakui wujud ahli politik menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kesenangan peribadi dan kroni.