Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan menjalankan proses pembersihan kawasan yang dikenal pasti sebagai Zon Merah COVID-19 di negeri itu.

Menurut Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pembersihan tersebut turut melibatkan proses menyahkuman mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan pasukannya akan membuat penilaian di lokasi yang perlu dilakukan proses tersebut dan kita akan memastikan langkah ini dilakukan secara efektif,” katanya menerusi sidang media perkembangan COVID-19 negeri Sarawak di Kuching pada Ahad.

Beberapa lokasi yang dikenal pasti beberapa daerah berisiko di negeri itu diletakkan sebagai daerah Zon Merah dan Zon Kuning.

69 Zon Merah dikenal pasti di Kuching, Samarahan (16), Betong (8), Sarikei (6), Bintulu (5), Miri (9) dan Limbang (6).

Manakala Zon Kuning melibatkan Serian dan Sibu (3), Mukah, Matu, Lawas dan Simunjan (1).

Selain itu Uggah jelaskan JPBN juga tidak benarkan pergerakan antara daerah kecuali melibatkan kes-kes kecemasan.

Sementara itu, Sarawak merekodkan 11 kes terbaharu positif COVID-19 menjadikan jumlah bilangan kes di sana meningkat kepada 129 kes.

Antara lain 49 kes baharu Person Under Investigation (PUI) turut dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,126 kes.