Sebuah kemalangan yang melibatkan sebuah lori treler di Jalan Istana menyebabkan kesesakan teruk pada waktu puncak di pagi ini.

Lori treler itu melintang di tengah pembahagi jalan sekaligus menyebabkan lorong kanan terhalang.

Menurut laporan daripada Astro Radio Traffic, kemalangan ini telah menyebabkan kesesakan trafik dari tol Sungai Besi di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, BESRAYA dan dari arah bertentangan dari Muzium Negara.


Sebuah kemalangan yang melibatkan sebuah lori treler di Jalan Istana menyebabkan kesesakan teruk pada waktu puncak di pagi ini.

Lori treler melintang di tengah pembahagi Jalan Istana pada awal pagi Selasa

Setakat jam 11 pagi, treler yang terlibat dalam kemalangan berdekatan Muzium Negara telah berjaya dialihkan.

Bagaimanapun, Astro Radio Trafik memaklumkan keadaan lalu lintas dijangka mengalami kesesakan sehingga satu jam dari tol Sungai Besi, sementara laluan trafik dari BESRAYA dan tol Loke Yew juga bergerak perlahan.