Sembilan pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin bahawa 40 transaksi wang berjumlah hampir RM26 juta yang diterima Yayasan Akalbudi menerusi cek serta draf permintaan adalah tidak menyalahi undang-undang.
Wang tersebut diterima Tetuan Lewis Co yang merupakan pemegang amanah yayasan itu yang dimiliki Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Perkara itu dimaklumkan sembilan saksi daripada beberapa bank iaitu Mar Sai Chin, 49; Lina Zailan, 32; Lau Ai Mai, 46; Suzaliza Kamari, 44; Sharifah Shifah Syed Zainol, 56; Mohd Zulkarnain Ab Latiff, 40; G. Jayachantran, 42; Au Lai Ban, 51; dan Wong Shiau Phing, 44.
Begitupun, seorang saksi, Yusri Md Kasri, 49, yang juga pegawai bank hanya menjawab 'tidak tahu' ketika diajukan soalan sama.
BACA: Mahkamah tetap 15 Jun sambung bicara Presiden UMNO
Mereka berkata demikian ketika pemeriksaan balas peguam Haziq Dhiyauddin Razali yang mewakili bekas timbalan perdana menteri itu, bertanyakan adakah transaksi berkenaan pelik dan menyalahi undang-undang.
Kesemua saksi masing-masing turut bersetuju dengan peguam itu bahawa transaksi yang dilakukan di Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Public Bank dan Hong Leong Bank itu adalah prosedur biasa yang maklumatnya direkod, tidak tersembunyi dan boleh dikesan.
Dalam pada itu, ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong, semua saksi bersetuju dengan cadangannya bahawa jawapan mereka menyatakan transaksi itu tidak menyalahi undang-undang adalah berdasarkan dokumen-dokumen yang disediakan di mahkamah.
Terdahulu, semua saksi memberitahu mahkamah bahawa cek berkenaan diterima daripada tiga individu dan enam syarikat iaitu Cergas Murni Sdn Bhd, HRA Teguh Sdn Bhd, MYEG Sdn Bhd, Chia Bee Enterprise Sdn Bhd, Kiosk Solutions Sdn Bhd dan MTM Networks Sdn Bhd antara 29 Mac 2016 dan 26 Mac 2018.
Mereka berkata demikian pada hari ke-21 perbicaraan kes Ahmad Zahid, 67, yang berdepan 12 pertuduhan pecah amanah membabitkan dana Yayasan Akalbudi, lapan pertuduhan rasuah berhubung pemberian kontrak pembekalan cip pasport kepada beberapa syarikat dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
Astro Awani
Mon Jun 15 2020
Ahmad Zahid, 67, yang berdepan 12 pertuduhan pecah amanah membabitkan dana Yayasan Akalbudi, lapan pertuduhan rasuah berhubung pemberian kontrak pembekalan cip pasport kepada beberapa syarikat dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram. - Gambar BERNAMA
Percepat proses tapisan keselamatan ejen MM2H - Abdul Karim
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diminta mempercepat proses tapisan keselamatan ejen program Malaysia My Second Home (MM2H).
Enam ekor lembu mati dipercayai dibaham harimau belang
Seorang penternak terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 apabila enam ekor lembu peliharaannya mati dipercayai dibaham harimau belang.
AWANI Borneo [20/04/2024] - Tekad MADANI | Pusat aktiviti warga emas | Risiko habuk Gunung Ruang
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan;
#AWANIBorneo 20 April 2024
Rumit, tapi Anwar yakin miskin tegar di Sabah boleh disifarkan
Nancy kecewa tak ramai berminat tubuh PAWE di Sarawak
Jangan ambil ringan jika ada masalah pernafasan, ia mungkin angkara debu Gunung Ruang
#AWANIBorneo 20 April 2024
Rumit, tapi Anwar yakin miskin tegar di Sabah boleh disifarkan
Nancy kecewa tak ramai berminat tubuh PAWE di Sarawak
Jangan ambil ringan jika ada masalah pernafasan, ia mungkin angkara debu Gunung Ruang
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan umum akan bertanding
Gerakan sebulat suara memutuskan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan.
Kerajaan diminta segera buka jalan Serudung-Simanggaris
Naib Pengerusi GRS Tan Sri iew Yun Fah menganggap pembukaan jalan sempadan antarta Serudung, Kalabakan dan Semanggris, Indonesia akan memeri limpahan rezeki kepada penduduk Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
MOTS bekerjasama dengan pelbagai agensi selesaikan kes penumpang terkandas
Kementerian pengangkutan Sarawak (MOTS) akan terus bekerjasama dengan beberapa agensi dalam menyelesaikanisu penumpang terkandas akibat pembatalan penerbangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Letusan Gunung Ruang: Penduduk bergejala pernafasan diminta dapatkan rawatan segera
Pengarah JKNS Datuk Dr, Asits Sanna meminta orang ramai yang memiliki tanda dan gejala pernafasan agar segera mendapatkan rawatan kerana dibimbangi tersedut debu Gunung Berapi Ruang.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kanak-kanak dua tahun lemas dalam tasik berhampiran masjid
Mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.
Pusat Jantung Negara akan diwujudkan di Sabah dengan peruntukan segera RM80 juta - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera RM80 juta bagi menaik taraf Hospital Queen Elizabeth II kepada Hospital Pakar Jantung.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.
'Saya bukan mufti nak haramkan rokok' - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad secara berseloroh berkata, beliau bukan mufti untuk mengharamkan rokok di negara ini.