Remaja Malaysia, Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun, yang dilaporkan hilang susulan kejadian serangan ganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand disahkan maut.

Memetik laporan media, perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Poh.

Dua lagi rakyat Malaysia yang cedera iaitu Mohd Tarmizi Shuib, 46 dari Kedah dan Mohd Nazril Hisham Omar, 46, dari Kelantan juga sedang menerima rawatan di hospital.

Mohd Haziq merupakan anak kepada Mohd Tarmizi.

BACA: 'Hormati perasaan keluarga, henti tular mengenai Mohd Haziq' - Ibu saudara

BACA: Serangan pengganas Christchurch: Tarmizi bakal jalani pembedahan kedua

BACA: Serangan masjid Christchurch: Tiga rakyat Malaysia cedera, seorang masih hilang

Setakat ini, pihak berkuasa New Zealand mengesahkan 50 maut dan 20 cedera dalam serangan pengganas di dua masjid di Christchurch.

Pihak Astro AWANI sedang menghubungi pihak kedutaan di sana untuk mendapatkan maklumat lanjut.

BACA: New Zealand bertafakur, siar azan seluruh negara Jumaat ini

BACA: Tembakan di Christchurch, SKMM tidak bercadang tutup Facebook

BACA:
Tragedi solat Jumaat: Henti viralkan adik saya telah meninggal dunia - Kakak mangsa