Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun mengesahkan berdasarkan maklumat yang disampaikan kepadanya, bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bersetuju secara prinsip untuk menerima representasi daripada anak Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz.
Beliau berkata, persetujuan menerima tawaran Riza adalah selepas mendapat taklimat daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang mengendalikan kes berkenaan.
Dalam satu kenyataan media yang diedarkan, Idrus turut menjelaskan kronologi surat perhubungan antara Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Cara Riza sebelum pelantikannya sebagai Peguam Negara.
Kronologi kes Riza Aziz
Pada 18 November 2019, Peguam Cara Riza melalui Tetuan Scivetti & Associates telah menghantar satu surat representasi ke Jabatan ini memohon agar semua pertuduhan terhadap Riza di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dikaji semula.
Surat representasi ini telah mencadangkan agar Riza menyerahkan haknya ke atas tiga hartanah yang telah disita oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan Riza perlu memberi kerjasama untuk mengembalikan harta-harta tersebut atau nilainya kepada kerajaan Malaysia.
Antara hartanah tersebut ialah satu unit banglo di Beverly Hills, California; satu unit pangsapuri di New York dan satu unit rumah bandar di London, United Kingdom.
Selain itu, tertuduh perlu bersetuju agar wang yang dirampas daripadanya yang menjadi hal perkara dalam satu kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dilucuthakkan kepada kerajaan Malaysia dan membayar sejumlah kompaun selaras dengan peruntukan seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Pendirian Tommy Thomas
Jelas Idrus, beliau telah dinasihatkan bahawa mantan Peguam Negara, Tommy setelah meneliti surat representasi itu melalui satu minit bertarikh 19 November 2019 memohon pandangan daripada Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram dan turut menyatakan berdasarkan cadangan yang dinyatakan di atas, beliau bersedia untuk memberi pertimbangan kepada representasi tersebut.
"Saya selanjutnya telah dinasihatkan bahawa Gopal setelah berbincang dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Latheefa Koya, telah mencadangkan agar cadangan yang dinyatakan di dalam representasi tersebut diterima oleh SPRM.
"Saya juga telah dinasihatkan bahawa Tan Sri Tommy Thomas telah secara prinsip bersetuju dengan cadangan tersebut dan ini telah membuka jalan kepada rundingan lanjut dan perancangan mekanisme yang perlu diambil serta diadakan," jelas Idrus lagi.
Lagi surat representasi dan keputusan representasi Riza Aziz
Pada 11 Mac 2020, pihak Peguam Cara Riza menghantar satu lagi surat representasi mengukuhkan cadangan dikemukakan sebelum ini dan memberi aku janji jika anak guamnya gagal mematuhi terma dan syarat yang dinyatakan, kelima-lima pertuduhan pengubahan wang haram dikenakan ke atasnya dikekalkan.
Tambah Idrus, perkara ini dibentangkan kepadanya setelah dimaklumkan tentang pendirian terdahulu Tommy.
"Setelah ditaklimatkan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, saya sependapat dengan pandangan mantan Peguam Negara dan bersetuju menerima tawaran Riza Aziz tertakluk kepada pematuhan yang ketat terhadap semua terma dan syarat.
Perjalanan kes seterusnya
Pada 16 April 2020, SPRM membalas surat Peguam Cara Riza menyatakan Pendakwa Raya bersedia memohon satu perintah pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) ke atas kelima-lima pertuduhan tertakluk kepada Riza dengan mengambil langkah-langkah memastikan semua wang dan harta disita dikembalikan kepada kerajaan Malaysia dan membayar kompaun selaras dengan seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Anti-Pembiayaan Keganasan 2001.
Pada 21 April 2020, pihak SPRM menulis kepada Peguam Cara mengarahkan Riza melepaskan hak milik dan kepentingannya ke atas satu lagi aset “Metropolis Poster” yang merupakan sebuah poster 3-helai berwarna litograf berbingkai ciptaan pelukis dari Jerman bernama Heinz Schulz-Neudamm untuk filem bertajuk “Metropolis” yang telah diterbitkan pada tahun 1927.
Pada 13 Mei 2020, pihak SPRM sekali lagi telah menulis kepada pihak Peguam Cara mengarahkan Riza untuk turut memindahkan sejumlah AS$14,087,072.76 yang berada di dalam satu akaun escrow di Huntington National Bank di Amerika Syarikat kepada kerajaan Malaysia.
Penerimaan semula aset rampasan
Dengan perkiraan ini, kerajaan Malaysia dijangka menerima kembali sejumlah kira-kira AS$108 juta dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Pemulihan Aset 1MDB.
Ini adalah tambahan kepada AS$57,036,688.68 yang telah dilucuthak sebelum ini dalam bulan April 2019 daripada Red Granite Pictures, sebuah syarikat yang dimiliki bersama oleh Riza, yang mana dana tersebut dapat dikesan berkaitan dengan 1MDB.
Kata Idrus, perkiraan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam mendapatkan kembali aset-aset berkaitan dengan 1MDB.
"Saya dimaklumkan rundingan dengan beberapa pihak dalam tahun-tahun lepas, berkaitan dengan aset yang berada di luar negara telah dengan jayanya mendapatkan kembali serta pemulangan wang-wang yang meringankan beban Kerajaan membayar hutang 1MDB.
"Rundingan tersebut adalah amat rumit, memerlukan kerjasama erat dengan pihak berkuasa di luar negara, dan masih berterusan.," jelas beliau.
Isu yang timbul antara SPRM dan Tommy Thomas
Kemelut isu Riza berlaku selepas SPRM pada 14 Mei lalu mendakwa keputusan memohon agar Riza dilepaskan tanpa dibebaskan mendapat persetujuan daripada Tommy.
Mantan Peguam Negara itu bagaimanapun, menafikan dakwaan tersebut dan membidas SPRM dengan menyatakan ia adalah satu penipuan.
BACA: Tommy Thomas nafi terlibat persetujuan lepas tanpa bebas Riza Aziz
SPRM melalui Ketua Pesuruhjayanya yang baharu, Datuk Seri Azam Baki kemudian mempertahankan kenyataan dan pendirian agensi anti rasuah itu.
Riza merupakan anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan dengan lima pertuduhan pengubahan wang haram bernilai AS$248 juta (RM1.25 bilion) membabitkan dana 1MDB.
BACA: Riza Aziz dilepas, Malaysia dijangka terima semula RM465.3 juta - SPRM
Afiezy Azaman
Sun May 17 2020
Idrus Harun mengesahkan berdasarkan maklumat yang disampaikan kepadanya, bekas Peguam Negara, Tommy Thomas secara prinsip bersetuju untuk menerima representasi daripada Riza Aziz. - Gambar fail
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
10 Berita Pilihan - (14 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir lahar dingin ragut lebih 50 nyawa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 52 individu setakat ini dengan 17 orang dilaporkan hilang. Situasi itu menyebabkan anggota keselamatan dan kecemasan mengerahkan tambahan aset-aset seperti jentera berat bagi memudahkan urusan semua pihak dalam operasi mencari mangsa yang hilang.
Suntikan anti-obesiti mampu kurang risiko serangan jantung
Suntikan ubat anti-obesiti mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Satu kajian dilakukan oleh Profesor dari Kolej Universiti London (UCL) mendapati secara purata berat badan individu yang terlibat dalam kajian ini menurun 10.2 peratus selepas empat tahun.
'Heritage tree scheme' pelaksanaan negara Singapura boleh dijadikan sebagai contoh
ara stategi singapura yang boleh diadaptasikan oleh Malaysia adalah dengan mewujudkan Heritage Tree Scheme.
Skim yang dilancarkan oleh National Parks Board Singapore (NPARKS) ini telah terbukti terkesan kerana program ini bukan sahaja meliputi penyelengaraan pokok tetapi turut mengenal pasti, melindungi dan juga merawat pokok-pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah, budaya, ekologi yang signifikan.
Skim yang dilancarkan oleh National Parks Board Singapore (NPARKS) ini telah terbukti terkesan kerana program ini bukan sahaja meliputi penyelengaraan pokok tetapi turut mengenal pasti, melindungi dan juga merawat pokok-pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah, budaya, ekologi yang signifikan.
'Bahang' April paling ekstrem & Asia paling terkesan
Pemindahan pokok tidak disarankan, potensi untuk merosakkan sistem ekologi
Walaupun pemindahan pokok yang tua ini sering dilihat sebagai satu alternatif terbaik untuk mengurangkan daripada kejadian pokok tumbang daripada berlaku.
Namun pun begitu, menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail, kaedah itu hanya akan memudaratkan sistem ekologi yang pada mulanya sudah pun stabil.
Namun pun begitu, menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail, kaedah itu hanya akan memudaratkan sistem ekologi yang pada mulanya sudah pun stabil.
Tempe sebagai sumber protein tambahan murid sekolah
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang memperkenalkan tempe sebagai pilihan tambahan bagi sumber protein kepada murid sekolah rendah di negeri itu.
Mahkamah isu perintah larangan bersuara terhadap Chegu Bard
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard bagi melarangnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan kes fitnah jenayah yang dihadapinya.
1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.
Barangan mewah lebih AS$346 juta: 1MDB, 10 syarikat saman Rosmah
Kesemua syarikat itu antara lain menuntut Rosmah membayar AS$346,010,489 atau sejumlah amaun yang ditaksirkan oleh mahkamah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Najib dapat persetujuan Kabinet sebelum luluskan surat sokongan bon US$3 bilion
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Najib telah mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada menteri-menteri Kabinet sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon.
SPRM mohon maklumat dari Jerman berhubung dana 1MDB disyaki beli kereta mewah
Ia berhubung laporan kereta mewah dirampas oleh pihak berkuasa Jerman di Munich yang dipercayai berkait dengan kes 1MDB.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.