Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berkongsi rakaman video menunjukkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tidak bersalaman dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Baginda mengulang ciap video disiarkan oleh Twitter Friends of Johor yang mengkritik dan menyifatkan Mukhriz sebagai sombong.
"Beza antara dua lelaki, @HRHJohorII (Tunku Ismail) bersalam dengan Tun M tetapi @MukhrizMahathir terlalu angkuh untuk bersalam dengan SOJ (Sultan Johor) di Istana Abu Bakar,” memetik ciapan tersebut.
Hubungan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan istana Johor sebelum ini dilihat tegang selepas isu pemilihan Menteri Besar dan kritikan serta desakan berhubung tindakan Malaysia meratifikasi Statut Rom yang akhirnya membawa kepada Malaysia menarik diri.
Tunku Ismail bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen berkaitan perkara tersebut secara langsung tetapi meletakkan lambang isyarat tangan seperti sedang menyembah.
Sebelum itu, Tunku Ismail terlebih dahulu berkongsi gambar baginda dan ayahandanya yang bersalaman dengan Dr Mahathir.
Video berdurasi 14 saat itu telah ditonton lebih 78,000 kali dan telah diulang ciap sebanyak 1,073 pelayar setakat ini.
Pelbagai respons diberikan pelayar Twitter antaranya menyifatkan apa yang dilakukan oleh Mukhriz sebagai biadab dan sepatutnya menghormati istiadat penghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Sultan Abu Bakar.
Tidak kurang juga ada yang melabel Mukhriz sebagai tidak profesional dan apa yang ditampilkan Menteri Besar Kedah itu sebagai tidak sesuai dengan situasi.
Sultan, kerabat dan pemimpin-pemimpin negara semalam hadir ke Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Sultan Abu Bakar.
Sinar Harian
Fri May 24 2019
Rakaman daripada video yang menunjukkan Mukhriz tidak bersalaman dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. -Twitter
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
PRN Johor: Mudahkan undi pos, tetapkan hari mengundi pada Sabtu - Mukhriz
Mukhriz berkata, perkara itu amat penting memandangkan terdapat hampir 100,000 pengundi Johor yang berada di Singapura ketika ini.
CPTPP bakal beri kesan besar kepada ekonomi Bumiputera - Mukhriz
Pernyataan terpilih Menteri MITI tidak memberi gambaran menyeluruh tentang kesan sebenar CPTPP.
Jangan pengaruhi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat demi kepentingan politik - Mukhriz
Mukhriz harap jawatankuasa itu dapat memberi nasihat yang tepat kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung penamatan tempoh darurat.
Mukhriz nafi arahkan laporan polis dibuat terhadap Ebit Lew
Mukhriz kesal dengan tularan yang meluas di media sosial yang mengaitkan beliau dan Pejabat Menteri Besar Kedah dengan tohmahan tersebut.
Greenlight for 952 Kedah couples to marry during MCO
Mukhriz said only marriage solemnisation (akad nikah) were allowed and no other ceremony could be held.
Beri tempoh secukupnya Dr Mahathir pulihkan ekonomi negara - Azmin
Beliau berkata langkah itu wajar dilakukan Dr Mahathir sebelum menyerahkan jawatan perdana menteri kepada penggantinya.
TMJ kongsi video Mukhriz tidak bersalam dengan Sultan Johor
Baginda mengulang ciap video disiarkan oleh Twitter Friends of Johor yang mengkritik dan menyifatkan Mukhriz sebagai sombong.
TVET punyai kelebihan daripada aspek kebolehpasaran - Mukhriz
Golongan muda disaran melihat kelebihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) daripada aspek kebolehpasaran graduan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Portfolio Exco Kedah akan dibuat ikut kementerian - Mukhriz
Penyelarasan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah akan dibuat mengikut kementerian bagi memastikan ia relevan kepada negeri ini, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz.
Tengku Adnan nafi parti tidak ikut peraturan urus kes Muhyiddin, Mukhriz
Muhyiddin tidak mendapat surat tunjuk sebab atau dipanggil untuk membela diri kerana kesnya tidak diproses Lembaga Disiplin tetapi dikembalikan semula untuk dipertimbangkan Majlis Tertinggi.