Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat laman The Malaysian Insider (TMI) ekoran tindakan portal berkenaan yang telah mengeluarkan kandungan-kandungan yang menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam kenyataan tersebut, SKMM menyatakan bahawa sekatan tersebut juga dilakukan berdasarkan aduan-aduan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai.

Sehubungan itu, MCMC memperingatkan portal-portal berita agar tidak menyebarkan atau menyiarkan artikel-artikel yang tidak ditentukan kesahihannya. Ini kerana, tindakan sedemikian boleh mengundang kekeliruan dan mencetuskan situasi yang tidak diingini.

SIARAN AKHBARMCMC SEKAT LAMAN THE MALAYSIAN INSIDER CYBERJAYA, 25 Februari 2016 --- Suruhanjaya Komunikasi dan...

Posted by Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia on Thursday, 25 February 2016


Pada petang Khamis, akses kepada portal berita The Malaysian Insider telah disekat oleh beberapa penyedia jaringan Internet atas alasan ia telah ‘melanggar undang-undang negara’.