Seorang wanita warga emas berusia 65 tahun antara tiga yang rentung selepas kereta jenis BMW yang dinaiki terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di Km6.9 Lebuhraya SILK menghala Sungai Long, Kajang dekat sini petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata siasatan awal mendapati kenderaan berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pembahagi kiri jalan dan terbakar.
Menurutnya, semasa kejadian terdapat tiga mangsa dalam kereta itu dan usaha mengeluarkan mangsa dilakukan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
“Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat serta mendapatkan sampel ujian DNA bagi mengenal pasti identiti mangsa,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Beliau berkata kereta berkenaan telah dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk pemeriksaan nombor casis kenderaan dan PUSPAKOM.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norizham Mohd Nudin berkata kenderaan itu terbakar 90 peratus selepas melanggar pembahagi jalan.
Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada 5.46 petang dan sembilan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang bergegas ke lokasi.
Tinjauan Bernama di Jabatan Forensik Hospital Serdang mendapati belum ada waris keluarga mangsa yang hadir untuk membuat pengcaman serta tuntutan mayat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 05 2019
Keadaan kenderaan jenis BMW yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan tiga nyawa dalam kejadian di Km6.9 Lebuhraya SILK menghala Sungai Long, Kajang, 5 Feb, 2019. --fotoBERNAMA
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Inspirasi bermakna daripada Forum Umrah & Ziarah 2024
Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah kini menjadi fokus utama kerajaan Arab Saudi.
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu - Gobind
Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Break The Siege: Misi flotila ke Gaza belayar esok
Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok.
#AWANI745
#AWANI745
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Wang KWSP RM141,000 lesap diperdaya Macau Scam
Individu terbabit memaklumkan mangsa ada membuat tuntutan insurans namun mangsa menafikannya.
PRU15: 12 laporan kesalahan dalam tempoh berkempen di Negeri Sembilan - Polis
Daripada jumlah itu lima kertas siasatan telah dibuka berhubung perbuatan khianat merosakkan poster dan bendera parti bertanding.
PRU15: 3,700 pegawai, anggota digerakkan di Negeri Sembilan
Pihaknya turut bekerjasama dengan semua agensi bagi memastikan keselamatan dan proses pengundian berjalan lancar.
RM3.8 juta aset sindiket dadah disita
Kejayaan itu susulan penangkapan seramai 4,336 individu berkaitan dadah dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
Ahmad Dzaffir Ketua Polis Negeri Sembilan baharu
Ahmad Dzaffir, 52, menggantikan Ruslan yang akan bersara wajib selepas lima bulan berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.
Cuba lari dari sekatan polis, lelaki ditahan bersama air ketum
Suspek yang berusia 33 tahun tersebut kelihatan berada dalam keadaan mencurigakan dan cuba melarikan diri daripada sekatan.
Mayat wanita dengan kesan kelar dijumpai
Mayat mangsa yang dianggarkan berusia 50-an dijumpai oleh anggota peronda yang sedang bertugas.
Polis siasat perhimpunan bekas ahli PKM di Kajang
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata tiada sebarang laporan dibuat mana-mana pihak namun pihaknya mengambil maklum akan perkara berkenaan.
Kanak-kanak lelaki retak tulang kaki dilanggar kereta ketika bermain
Akibat pelanggaran, mangsa mengalami kecederaan retak tulang kaki kiri dan telah dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan.
Kes belasah doktor sampai terduduk: Dua lelaki ditahan
Polis telah menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang doktor perubatan dipukul seorang lelaki di kliniknya di Bandar Baru Bangi, Jumaat lalu.