Tiga lelaki bersenjata yang ditembak mati polis di kawasan ladang di Batu 2 Jalan Kalabakan-Keningau dekat sini petang semalam dipercayai daripada kumpulan pengganas yang terancang.
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) Datuk Hazani Ghazali berkata perkara itu berdasarkan pergerakan taktikal ketiga-tiga suspek ketika melarikan diri serta berbalas tembakan dengan polis dalam kejadian 3.20 petang.
"Kita belum kenal pasti mereka ini daripada kumpulan pengganas mana tetapi berdasarkan senjata api yang digunakan kita percaya mereka kumpulan terlatih, dan kita dalam proses untuk mengetahui mereka ini daripada kumpulan mana.
"Kita juga siasat sama ada ini adalah kumpulan sama yang cuba menghidupkan sel atau pangkalan Daish di Sabah seperti kenyataan Ketua Polis Negara sebelum ini mengenai cita-cita Daish untuk menubuhkan pangkalan Daish di negeri ini." katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya juga dalam proses menghantar gambar-gambar dan cap jari ketiga-tiga suspek kepada pasukan keselamatan di negara jiran dan polis antarabangsa (Interpol).
BACA: Tiga lelaki bersenjata ditembak mati di ladang Jalan Kalabakan-Keningau
"Setakat ini kita belum mengenal pasti identiti ketiga-tiga suspek dan mereka ini tidak berada dalam senarai dikehendaki ESSCom sebelum ini ," katanya turut percaya terdapat rakan suspek yang masih berada di negeri ini.
Selain itu, Hazani berkata pihaknya turut menyiasat bagaimana senjata api yang digunakan suspek masuk ke negeri ini sama ada melalui jalan tikus di Jalan Kalabakan-Keningau atau jalan laut.
"Peluru yang dirampas dalam kejadian ini adalah dari pelbagai negara jiran dan jika dilihat pada senjata revolver ini terdapat sedikit pengubahsuaian tetapi perkara ini akan disahkan," katanya.
Semalam, polis menembak mati tiga suspek di sebuah ladang di Batu 2 Jalan Kalabakan-Keningau dekat sini pada jam 3.20 petang.
Polis turut merampas kereta Perodua Kancil yang pernah dilaporkan hilang di Kota Kinabalu, sepucuk revolver mengandungi empat peluru hidup 3.8, sepucuk rifle M4 Colt456 mengandungi dua butir peluru, sebilah pedang samurai, beg hitam mengandungi sembilan butir peluru hidup 3.8, serta dua paket plastik dipercayai dadah.
Sementara itu, katanya pelaksanaan Road Check Point (RCP) yang melibatkan gabungan pasukan keselamatan seperti polis dan Angkatan Tentera Malaysia di Kalabakan di Tawau serta Telupid akan disegerakan.
"Jalan Kalabakan-Sapulut, Keningau menghubungkan Pantai Timur Sabah, Pantai Barat Sabah dan Pedalaman Sabah dan kita percaya ini laluan yang digunakan penjenayah rentas sempadan termasuk untuk menyeludup," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2018
Lokasi kejadian di mana polis menembak mati tiga lelaki bersenjata di kawasan ladang sawit di Batu 2 Jalan Kalabakan-Keningau. - Foto IPD Tawau
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan ulang tahun keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Lima penjenayah ditembak mati di Putra Heights terlibat lebih 50 kes samun
Kumpulan itu menyasarkan premis syarikat kurier, kilang, pejabat dan kediaman, selain bertindak ganas termasuk menetak mangsa.
Ahli politik antara 2 ditembak mati di India
Presiden parti INLD, Nafe Singh Rathee sedang menaiki kenderaan apabila penyerang yang tidak dikenali melepaskan tembakan rambang ke arah kenderaannya.
Lelaki warga Thailand maut ditembak di perairan Pantai Remis
Seorang lelaki warga Thailand maut akibat ditembak oleh sekumpulan disyaki warga Indonesia di perairan Pantai Remis.
9 disyaki pemberontak terbunuh dalam pertempuran di Filipina
Pihak tentera turut menemukan lapan senjata api di lokasi kejadian.
Seorang lagi ahli politik Equador maut ditembak menjelang pilihan raya
Kurang seminggu sejak calon presiden Ecuador, Fernando Villavicencio ditembak mati ketika berkempen di Quito, seorang lagi ahli politik menerima nasib yang sama di barat laut negara itu.
Polis Perancis tahan 176 orang dalam protes kes polis bunuh remaja
Pihak berkuasa turut mengumumkan penggantungan perkhidmatan bas dan trem dalam dan sekitar Paris selepas 9 malam hari Khamis.
Renjer Perhilitan mati ditembak: Mahkamah arah bayar ganti rugi RM281,807
Mahkamah turut membenarkan faedah lima peratus untuk ganti rugi am dari tarikh penyampaian saman sehingga penghakiman.
Lelaki maut ditembak serang polis, jadikan ibu tebusan disah bawah pengaruh dadah
Lelaki yang maut terkena tembakan ketika cuba menyerang anggota polis dengan parang di sebuah rumah di Hutan Melintang pada Selasa, disahkan berada di bawah pengaruh dadah.
Bekas ahli parlimen, abang ditembak mati ketika siaran langsung di TV
Atiq Ahmed, yang diiring polis, sedang bercakap dengan beberapa wartawan apabila ditembak di kepalanya dari jarak dekat.
Penyanyi rap Takeoff daripada kumpulan Migos mati ditembak di arena boling
Penyanyi rap Takeoff dilaporkan mati ditembak di sebuah pusat boling, 810 Billiards and Bowling Alley di Houston, Amerika Syarikat.