Tidak perlu kawalan di pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand kerana penularan virus Chikungunya adalah menerusi nyamuk Aedes dan monyet.
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya (UM), Prof Sazaly Abu Bakar, virus ini mula berlaku apabila manusia digigit nyamuk ketika berada di dalam hutan.
"Tidak perlu kawalan sempadan kerana kebiasaannya penularan itu mula berlaku melalui gigitan nyamuk pada monyet yang menggigit manusia selepas itu.
"Justeru nak kawal di sempadan juga susah kerana ia adalah disebabkan oleh monyet yang di dalam hutan.
"Tetapi sekiranya anda pernah dijangkiti oleh virus Chikungunya, ia hanya berlaku sekali dalam seumur hidup dan tidak akan dijangkiti lagi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
BACA: Chikungunya di Hat Yai: Perlis kawal pintu sempadan
Jelasnya lagi, virus Chikungunya tidak membahayakan sehingga boleh membawa maut. Bagaimanapun, ia akan menyebabkan sakit sendi yang boleh berlarutan.
Dalam pada itu, Prof Sazaly turut mengingatkan orang ramai agar terus lakukan langkah-langkah memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes agar gigitan nyamuk Aedes tidak berlaku.
Nursyazwani Saiful Sham
Tue Jan 15 2019
Menurut Prof Sazaly, kawalan sempadan tidak perlu kerana penularan virus Chikungunya berlaku melalui gigitan nyamuk. - BERNAMA/Fail
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Demam denggi: Tiga kematian direkodkan pada ME-13
Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,579 berbanding 3,041 kes pada minggu sebelumnya.
Kes demam denggi meningkat pada ME12, empat kematian dilaporkan
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan menerusi kenyataan berkata empat kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME12.
Kes denggi menurun pada ME06, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,631 pada Minggu Epidemiologi ke-06 (ME06) 2024 dengan satu kematian dilaporkan.
Kes denggi meningkat 5.8 peratus, tiga kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi meningkat 5.8 peratus kepada 2,608 kes pada Minggu Epidemiologi ke-23 (ME23) iaitu bagi tempoh 4 hingga 10 Jun berbanding 2,466 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Kes demam denggi meningkat ke 2,520 kes
Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 13.6 peratus dengan satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan
Denggi: Kes di Ipoh meningkat 214.6 peratus, dengan 1 kematian
Peningkatan itu adalah sebanyak 367 kes (214.6 peratus) berbanding 171 kes dengan satu kematian pada tempoh sama tahun lalu.
Selangor catat kes denggi tertinggi pada minggu epidemiologi ke-39
Ia diikuti Sabah dengan 173 kes, Kuala Lumpur dan Putrajaya (163), Johor (131), Negeri Sembilan (46), Pulau Pinang (42) dan Kedah (40).
Kes chikungunya meningkat di Pulau Pinang
Kes chikungunya di Pulau Pinang merekodkan peningkatan mendadak dalam tempoh seminggu dengan 55 kes dicatatkan bagi tempoh 7 hingga 13 Jun lepas, berbanding 157 kes bagi tempoh Januari hingga 6 Jun.
Trivia: 5 wabak ini pernah mengancam nyawa rakyat Malaysia
Penularan wabak penyakit semestinya menakutkan populasi dunia. Lebih-lebih lagi jika ia muncul secara tiba-tiba dan tiada vaksin dapat mencegahnya.