Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menegaskan bahawa tidak ada bukti atau kajian menunjukkan bahawa penggunaan vape dan rokok elektronik (e-cigarette) adalah selamat digunakan bagi merawat ketagihan merokok.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang maklumat bahawa cecair rokok elektronik itu selamat dan tidak memberi kesan jangka masa panjang kepada paru-paru.
"Kita faham industri vape ini penting kerana ia beri peluang pekerjaan kepada remaja. Tetapi kita mesti seimbangkan dari segi ekonomi dan impak kepada kesihatan.
"Kalau dilihat pada data sedia ada, kemungkinan vape ini tidak selamat seperti mana didakwa boleh digunakan sebagai ganti kepada rokok. Tetapi setakat ini, tidak ada bukti bahawa vape adalah berkesan untuk ganti rokok," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang ingin tahu langkah kerajaan dalam mengawal penjualan vape dan rokok elektronik terutama kepada generasi muda.
BACA: Kerajaan kaji kemungkinan larangan penuh vape, rokok elektronik
BACA: Akta Tembakau kawal rokok eletronik, vape, shisha
Dr Lee berkata pihaknya telah menubuhkan satu jawatankuasa khas dalam usaha mengawal selia isu penggunaan vape dan rokok elektronik pada Jun lepas bertujuan mengawal penggunaan alat tersebut.
Kepada soalan asal Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PH-Masjid Tanah) yang meminta penjelasan KKM mengenai langkah membendung penjualan dalam talian vape dan rokok elektronik, Dr Lee berkata pihaknya bekerjasama dengan pentadbir media sosial bagi menyekat mana-mana laman media sosial yang mempromosikan rokok elektronik.
"Pelbagai agensi serta pihak berkaitan termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) digerakkan di bawah Jawatankuasa Kerja Pakar Bagi Memperkukuhkan Kawalan Rokok Elektronik.
"MCMC boleh melakukan sekatan ke atas laman web yang menjual cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin apabila terdapat permohonan oleh pegawai KKM yang diberi kuasa di bawah Akta Racun 1952," katanya.
BACA: Pelajar sanggup kerja hujung minggu sebab nak beli vape - CAP
BACA: KPM, KPDNHEP bekerjasama tangani isu jualan vape kepada murid sekolah
Dr Lee turut mendedahkan seramai 300,000 pelajar berusia antara 10 hingga 19 tahun merupakan pengguna vape semasa di negara ini dan data itu diperoleh menerusi 'Kaji selidik terhadap tembakau dan e-rokok di kalangan orang dewasa di Malaysia' yang dijalankan ke atas pelajar di sekolah awam dan swasta baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 23 2019
Menurut Dr Lee, seramai 300,000 pelajar berusia antara 10 hingga 19 tahun merupakan pengguna vape semasa di negara ini. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek
Peguam keluarga mangsa meminta warga Singapura itu yang tidak dinamakan di hantar ke penjara dahulu sebelum perbicaraan.
JAKIM tidak terima sebarang bukti babit nasab 'Mawla Amin'
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak menerima sebarang bukti dokumen berhubung nasab 'Mawla Amin' seperti didakwa pihak tertentu.
Nik Nazmi tunjuk bukti tanah rizab Melayu di Kedah menurun
Jumlah tanah rizab Melayu di Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menurun antara tahun 2021 dan 2022.
AS belum temui bukti China hantar senjata kepada Rusia
Washington telah menimbulkan kebimbangan bahawa Beijing kemungkinan membantu Moscow di tengah-tengah pencerobohannya ke atas Kiev.
Dron berkesan bantu PDRM jaga keselamatan, kawal sempadan - Bukit Aman
PDRM memerlukan lebih banyak dron berteknologi canggih bagi membantu menggalas tanggungjawab yang dilihat semakin mencabar.
Terowong dasar laut: Mahkamah tolak saman Abdul Azeez terhadap Lim, diperintah bayar kos RM50,000
Mureli berkata mahkamah mendapati plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya terhadap defendan.
Adakah Bekerja Dari Rumah benar-benar berfungsi?
Bekerja Dari Rumah bukanlah fenomena baharu pada abad ke-21 kerana ia telah pun diamalkan secara meluas di negara-negara maju.
Insiden Dayang Topaz: Jabatan Laut tubuh pasukan penyiasat
Jabatan Laut Malaysia (JLM) menubuhkan satu pasukan penyiasat bagi mengumpul bukti dan dokumen sokongan mengenai siasatan berkaitan insiden kapal MV Dayang Topaz di Perairan Miri pada 27 Okt lepas.
AS Memilih: Dakwaan Trump berlaku penipuan di Philadelphia tidak berasas - Datuk Bandar
Beberapa pihak termasuk presiden terus buat dakwaan mengenai penipuan, tetapi pasukannya tidak kemukakan sebarang bukti, kata Kenney.
Tiada bukti jangkitan COVID-19 menerusi makanan - Dr Noor Hisham
Tidak ada sebarang bukti yang mengesahkan jangkitan COVID-19 boleh tersebar daripada makanan, seperti yang dilaporkan media China, baru-baru ini.