Kementerian Pertahanan tidak berkompromi dalam isu gejala buli jika ia benar-benar berlaku dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata ATM mempunyai polis tentera dan mahkamah sendiri bagi melakukan siasatan dalaman apabila terdapat laporan berlakunya gejala terbabit dan jika dibuktikan benar maka tindakan akan diambil termasuk diberhentikan daripada ATM.
"ATM tidak akan berkompromi jika berlaku kes buli dalam ATM kerana tugas ATM ialah melindungi rakyat dan kedaulatan negara.
“Kita tidak mahu berlaku sebaliknya iaitu mereka (individu buli) melakukan buli lebih-lebihan apabila membuli sesama sendiri," katanya kepada pemberita selepas hadir majlis santai petang bersama penggiat seni tanah air sempena kempen Tabung Pahlawan Tahun 2020 di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes kematian Allahyarham Prebet Abdul Aziz Aznam yang disyaki terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman sebuah kem tentera di Johor, pada 28 Ogos lepas, dikatakan ada kaitan dengan gejala buli dalam ATM.
Ismail Sabri berkata kes kematian berkenaan diserahkan kepada pihak polis bagi menentukan sama ada terdapat unsur jenayah yang berlaku atau sebaliknya.
Pada Isnin, Bernama melaporkan seramai 11 saksi daripada pasukan ATM dipanggil baru-baru ini untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kematian Allahyarham Abdul Aziz.
Dua daripadanya merupakan pegawai tentera manakala sembilan lagi adalah anggota lain-lain pangkat.
Mengenai Kempen Tabung Pahlawan 2020, Ismail Sabri berkata Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) akan berusaha mempromosikan galakan sumbangan menerusi platform media elektronik dan media cetak sepenuhnya.
Ismail Sabri berkata selain itu, JHEV ATM juga mencuba pendekatan meminta penggiat seni tanah air mempromosikan Kempen Tabung Pahlawan di media sosial masing-masing kerana pengikut mereka yang ramai akan membolehkan impak besar diperoleh.
"Kempen Tabung Pahlawan kali ini berbeza sedikit kerana dilaksanakan ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"Jika dulu kita boleh menganjurkan majlis makan malam, larian amal, konsert dan lain-lain acara dengan mudah dan tetamu yang ramai tetapi keadaan sekarang berbeza," katanya.
Beliau berkata sumbangan bagi tabung itu yang ditetapkan sasaran kutipan tahun ini sebanyak RM10 juta, akan dapat dimanfaatkan 180,000 veteran ATM kerana ada antara mereka kini terlantar sakit dan tergolong sebagai asnaf.
Turut hadir pada majlis itu ialah Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 16 2020
Ismail Sabri (kiri) menerima naskah Al-Quran daripada Wakil Kedutaan Arab Saudi Syaikh Bader Al-Hamid (kanan) untuk diedarkan kepada penggiat seni pada majlis sempena Kempen Tabung Pahlawan 2020 di Kuala Lumpur, 15 Sept, 2020. --fotoBERNAMA
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Tiada kompromi kes buli dalam ATM - Ismail Sabri
ATM mempunyai polis tentera dan mahkamah sendiri bagi melakukan siasatan dalaman apabila terdapat laporan berlakunya gejala terbabit.
Tentera Darat serah siasatan kematian anggotanya kepada PDRM
TDM sentiasa terbuka dan akan terus memberikan kerjasama serta bantuan kepada pihak Polis Diraja Malaysia dalam membantu siasatan.