Thailand menjadi laluan mudah untuk membawa masuk pil kuda atau methamphetamine yang dikeluarkan dari negara jiran lain di utara Thailand.

Menurut Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Dusadee Chusangkit berkata penyeludup dan keldai dadah menggunakan laluan di Thailand bermula dari utara ke selatan Thailand untuk membawa keluar dadah bagi pasaran di negara jiran, Malaysia.

Penyeludup dan keldai dadah berasa mudah dan selamat menggunakan jalan dalam Thailand.

Pihaknya juga menjelaskan kumpulan pengedar ini menyimpan stok dadah sebelum dijual kepada pengedar di kawasan sempadan Malaysia-Thailand termasuk menjadikan Malaysia sebagai transit dadah.

"Negara Thailand menjadi laluan dan sasaran penyeludup dan pembekal dadah yang dibawa dari utara hingga ke selatan sebelum diseludup masuk ke negara jiran lain.

"Mereka menggunakan pelbagai cara membawanya sama ada dengan lori, bas dan sebagainya," kata Dusadee.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya, Dusadee menjelaskan kerajaan Thailand telah memasang lebih 376 kamera litar tertutup di laluan stategik bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan dalam usaha membanteras penyeludupan dadah.

Menyentuh mengenai cadangan pembukaan 24 jam sempadan Malaysia-Thailand, beliau menjelaskan pihaknya bersedia ke arah meningkatkan pengawasan sempadan dengan bantuan ketenteraan.