Seorang penjawat awam di sini kerugian RM1,096,800 setelah diperdaya oleh seorang wanita yang yang mendakwa dari Mahkamah Terengganu awal bulan ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang wanita berusia 52 tahun pada mulanya dihubungi menerusi telefon oleh seorang wanita yang bernama 'Syaifa Omar' dari Mahkamah Terengganu pada 7 Mei lepas.
"Wanita tersebut mendakwa akaun mangsa telah disalah guna untuk tujuan jenayah iaitu untuk pembelian dadah dan menggelapkan wang sebuah bank berjumlah RM90,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mustafa berkata, mangsa kemudian dihubungi seorang lelaki bernama 'Sufian Sulaiman' yang mengatakan akaun mangsa digunakan untuk pengelapan wang serta penyeludupan dadah dan meminta mangsa untuk memindah wang dalam akaun mangsa ke akaun lelaki berkenaan untuk mengelakkan akaun dibekukan.
"Mangsa diarahkan untuk menukar nombor telefon bagi pendaftaran sistem perbankan dalam talian (online) ke nombor telefon yang diberikan oleh lelaki tersebut," katanya.
Beliau berkata, mangsa kemudian memasukkan wang keseluruhan berjumlah RM1,096,800 ke akaun lain milik mangsa secara berperingkat mulai 7 Mei hingga 20 Mei melalui 18 transaksi.
"Mangsa hanya menyedari ditipu setelah membuat semakan melalui mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM) dan mendapati baki akaunnya tinggal RM21 sahaja,"katanya.
Beliau meminta orang awam supaya tidak melayan sebarang panggilan telefon yang meragukan dari invididu tertentu yang tidak dikenali dan boleh menghubungi talian JSJK 013-211 1222 jika mempunyai maklumat berkaitan dengan Macau Scam.
"Polis atau agensi kerajaan tidak pernah meminta orang untuk memasukkan wang atau bayaran melalui mesin ATM untuk bayaran seperti saman ke akauan peribadi tertentu,"katanya.
Menurutnya, dari 1 Jan hingga 20 Mei 2019 sebanyak 63 kes Macau Scam dilaporkan di Sarawak melibatkan kerugian RM3.9 juta dengan 15 tangkapan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2019
Polis atau agensi kerajaan tidak pernah meminta orang untuk memasukkan wang atau bayaran melalui mesin ATM untuk bayaran seperti saman ke akauan peribadi tertentu. - Gambar fail
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Teknologi canggih makmal analisis cryptocurrency selesai kes jenayah besar
Makmal analisis jenayah mata wang kripto yang mula beroperasi sejak 2021 merekodkan pencapaian membanggakan dan berjaya menyelesaikan kes-kes besar.
"Untung" RM110, rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tak wujud
Lelaki berusia 55 tahun itu mendakwa tertarik menyertai pelaburan yang dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan.
Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam
Seorang pelajar IPTA di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram.
Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.
PDRM sedang kenal pasti dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru
Polis sedang mengenal pasti dalang utama sindiket Macau Scam yang menyebabkan 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Peru.
Kerajaan usaha bawa balik mangsa 'scam' luar negara
Buat masa ini kerajaan sedang berusaha mengesan mereka yang menjadi mangsa, kata Timbalan Perdana Menteri.
43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru
Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.
Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata faktor itu dipercayai berikutan terdapat banyak komuniti guru di negeri ini iaitu kira-kira 50,000 orang.
Macau Scam: Pekebun sayur rugi hampir RM800,000
Mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarah memindahkan wang daripada akaun simpanan ke lima akaun berbeza.
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilapor ke MCMC, ini lima jenis scam
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2020 hingga Mei tahun ini.