Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra hari ini berkenan menziarahi keluarga bekas menteri besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka di sini.

Tengku Muhammad Faiz yang berangkat tiba pada kira-kira 5.30 petang, disambut isteri Allahyarham, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anaknya Nik Mohamad Abduh dan beberapa anggota keluarga yang lain.

Hadir sama bonda saudara Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Datuk Salwani Sultan Yahya Petra.

TMK
Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa'iz Petra Sultan Ismail Petra (tengah) mengaminkan doa ketika menziarahi kubur Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. - Foto Bernama

Baginda yang meluangkan masa kira-kira 20 minit di rumah keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz selepas itu menziarahi pusara arwah.

Allahyarham Nik Abdul Aziz, 84, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka, meninggal dunia 12 Feb lepas akibat kanser prostat.