Tempoh sukar bagi Malaysia kini hampir berakhir susulan kejayaan negara dalam melandaikan keluk jangkitan COVID-19, kata Public Investment Bank.

Bank pelaburan itu berkata kadar pesakit yang sembuh di Malaysia kini merupakan antara yang tertinggi di dunia manakala jumlah jangkitan baharu semakin berkurangan, yang memberikan peluang kepada pihak berkuasa untuk menumpukan sumber bagi membina semula ekonomi di tengah-tengah situasi normal baharu pasca COVID-19.

"Enjin pertumbuhan kita dijangka pulih dengan lebih kukuh pada suku ketiga sebelum memecut pada suku keempat, tanpa mengambil kira sebarang keadaan tidak dijangka seperti penularan kes baharu yang boleh membawa kepada tempoh penutupan (sekali lagi), penurunan berterusan pasaran buruh dan pemulihan pertumbuhan global yang lebih lemah daripada dijangkakan," kata bank pelaburan itu dalam satu nota pada Rabu.

Bagaimanapun, ia berkata persekitaran kadar faedah terlalu rendah bagi tempoh yang sangat lama mungkin tidak produktif kerana ia juga boleh menggalakkan pengambilan risiko berlebihan dalam pelaburan spekulatif yang boleh menyebabkan peningkatan inflasi.

"Program pakej rangsangan yang diperkenalkan sejak Februari dijangka memperlihatkan hasil pada suku ketiga yang membentuk asas kepada jangkaan kami kadar faedah kembali normal pada separuh pertama 2021," kata Public Investment Bank.

Semalam, Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetarinya (MPC).

Dalam mesyuarat keempatnya bagi tahun ini, MPC mengurangkan OPR kepada 1.75 peratus, paras terendah sejak 2004.

Bank pelaburan itu berkata pengurangan seterusnya kadar mungkin tidak menghasilkan keputusan yang diingini kerana ekonomi terjejas disebabkan oleh permintaan lemah berikutan pasaran pekerjaan yang lemah yang memerlukan preskripsi dasar berbeza bagi menanganinya.

"OPR dijangka kekal tidak berubah sehingga akhir tahun ini tanpa mengambil kira keadaan yang tidak dijangka," kata bank pelaburan itu.

Menerusi nota berasingan, Affin Hwang Capital percaya BNM akan mengekalkans OPR tidak berubah pada 1.75 peratus dalam baki dua mesyuarat MPC akan datang padat 10 dan Nov 3 tahun ini, melainkan penularan COVID-19 di negara ini menjadi semakin buruk. a

Sementara itu, Maybank IB Research dalam nota berasingan menjangka OPR kekal para paras rendah ini sehingga akhir 2021, tetapi memberi amaran ini merupakan "dovish pause" memandangkan risiko menurun prospek ekonomi meskipun pandangan pandangan bahawa paras terendah ini akan berakhir pada suku kedua 2020.

Kenanga Investment Bank Bhd pula berkata ia menjangkakan BNM mungkin memulakan satu lagi penurunan 25 mata asas menjadikan OPR berada di paras terendah baharu 1.5 peratus pada mesyuatat dasar yang akan datang pada September.

Memandangkan keadaan yang tidak sangat tidak menentu, ruang bagi melonggarkan monetari kekal terbuka, kata bank Ambank Research.

"Masih terdapat ruang yang besar bagi BNM untuk mengurangkan kadar dasar walaupun selepas OPR diturunkan sebanyak 125 mata asas kepada 1.75 peratus sekarang.

"Dengan dasar monetari terus memainkan peranan penting dan disokong oleh langkah-langkah fiskal dan kewangan, kes asas bagi keluaran dalam negara kasar 2020 adalah ia seharusnya menguncup sekitar 2 peratus dengan kadar penurunan pada 5 peratus," kata bank firma penyelidikan itu.

-- BERNAMA