Kerajaan akan memastikan harga tambang bagi Sistem Rapid Transit (RTS) yang menghubungkan Singapura dan Malaysia di sini tidak akan mahal, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata kerajaan perlu mempertimbangkan kepentingan rakyat apabila membuat keputusan mengenai harga tambang RTS yang dijadualkan siap pada 2026 itu.
"Berapa pun jumlahnya, kami akan memutuskan harga yang sama mengikut mata wang masing-masing dan perkara ini akan diumumkan sebelum (RTS mula) beroperasi.
"Ia tidak akan mahal. Kami harus mempertimbangkan kumpulan B40 dan mereka yang menaiki pengangkutan ini setiap hari," katanya pada sidang akhbar mengenai persetujuan meneruskan projek RTS itu di sini hari ini.
Menjawab satu soalan, Wee menafikan bahawa tambang akan ditetapkan pada harga SG10.
"Kami perlu menjaga kepentingan rakyat, angka anda tidak benar, itu sahaja yang dapat saya sahkan," katanya.
Ketika ditanya sekiranya keadaan ekonomi semasa akan menyebabkan peningkatan kos atau kelewatan, Wee berkata beliau yakin projek itu akan berjalan mengikut jadual.
"Projek ini adalah projek mendesak melihat kepada kesesakan di Tambak Johor, namun kedua-dua negara telah mengadakan perbincangan pelaksanaan dan empat tahun pertama adalah untuk kerja-kerja infrastruktur awam dan tahun seterusnya adalah untuk sistemnya.
"Jadi, ia akan mengikut jadual dan dapat beroperasi pada penghujung 2026," katanya.
Sementara itu, dalam kenyataan bersama di sini, Malaysia dan Singapura berjaya memeterai tiga perjanjian penting yang diperlukan untuk menyambung semula projek RTS itu.
Kedua-dua negara telah mengadakan perjanjian untuk meminda Perjanjian Dua Hala RTS Link antara kerajaan Malaysia dengan Singapura.
Selain itu, satu perjanjian usaha sama antara SMRT RTS Pte Ltd Singapura, anak syarikat milik penuh SMRT Corporation Limited dengan Prasarana RTS Operations Sdn Bhd dari Malaysia, anak syarikat milik penuh Prasarana Malaysia Bhd untuk melantik RTS Operations Pte Ltd sebagai operator (OpCo) juga telah ditandatangani.
Di samping itu, kerajaan Malaysia dan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura juga menandatangani perjanjian konsesi untuk melantik RTS Operations sebagai OpCo untuk tempoh konsesi 30 tahun pertama.
"Acara hari ini menandakan kemuncak kerja keras selama beberapa bulan semasa para pegawai daripada kedua-dua belah pihak bekerjasama rapat untuk mencari jalan bersama bagi meneruskan projek ini, walaupun terdapat cabaran dihadapi semasa pandemik COVID-19 yang tidak pernah terjadi sebelum ini," menurut kenyataan itu.
Kedua-dua negara menyatakan bahawa kejayaan menyambung semula Projek RTS Link menekankan hubungan dua hala yang berkekalan dan mendalam antara Malaysia dan Singapura, serta hasrat untuk mengukuhkan perkongsian menang-menang.
"Apabila selesai, RTS Link akan mengurangkan kesesakan di tambak, meningkatkan ketersambungan, memelihara hubungan dengan orang lain dan menjana faedah ekonomi dan sosial bersama," menurut kenyataan itu.
Projek itu dijangka menelan belanja kira-kira RM3.7 bilion dengan spesifikasi telah dipersetujui oleh Malaysia dan Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 30 2020
Kedua-dua negara telah mengadakan perjanjian untuk meminda Perjanjian Dua Hala RTS Link antara kerajaan Malaysia dengan Singapura. -Bernama
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.