Tabung Haji (TH) telah membuat persiapan rapi dan bersedia menyambut ketibaan 30,200 jemaah haji yang akan menunaikan Rukun Islam kelima untuk musim haji 1438H itu di Tanah Suci bermula bulan ini.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata persiapan rapi itu membabitkan semua perkara terutama dari segi penginapan di hotel, makanan serta petugas TH dalam usaha memastikan semua jemaah selesa sepanjang menunaikan ibadah haji.
"Setakat ini, persiapan TH di Tanah Suci semuanya berjalan lancar kerana kami telah membuat persiapan awal sejak beberapa bulan lepas.
"Malah petugas-petugas kita telah mula ke sana sejak 12 Julai lepas dan pada tahun ini 600 petugas TH ditugaskan untuk menjaga kebajikan dan keselamatan jemaah Malaysia di Tanah Suci," katanya kepada Bernama selepas perasmian Kursus Perdana Haji Musim 1438H/2017M peringkat Pulau Pinang, di sini malam tadi.
Kursus dua hari membabitkan 1,082 jemaah haji di Dewan Milenium, di sini itu dirasmikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.
Sementara itu, Syed Saleh yang juga Pengurus Besar Kanan Haji TH berkata kursus itu bertujuan memberi gambaran awal buat bakal jemaah mengenai keadaan sebenar ibadah itu sebelum mereka ke Tanah Suci.
Katanya kursus perdana yang diadakan di seluruh negara itu adalah latihan terakhir anjuran TH sebagai usaha meningkatkan tahap pengetahuan jemaah berkaitan ibadah haji terutama dari segi praktikal.
"Kehadiran jemaah di kursus perdana di seluruh negara juga sangat baik...ada (jemaah) juga yang tidak hadir tetapi ia jumlah yang kecil serta bersebab dan mereka tidak perlu bimbang kerana petugas TH akan membantu memberikan maklumat dari semasa ke semasa," katanya.
Penerbangan pertama akan berlepas pada 24 Julai ini sementara penerbangan terakhir dijangka pada 25 Ogos dan semua jemaah haji negara dijadualkan pulang semula ke tanah air pada 7 Sept dan penerbangan terakhir dari Arab Saudi ialah pada 4 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2017
Persiapan di Tanah Suci semuanya berjalan lancar kerana pihak TH telah membuat persiapan awal sejak beberapa bulan lepas. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tabung Haji bersedia sambut ketibaan jemaah musim 1438H
Tabung Haji (TH) telah membuat persiapan rapi dan bersedia menyambut ketibaan 30,200 jemaah haji yang akan menunaikan Rukun Islam kelima untuk musim haji 1438H itu di Tanah Suci bermula bulan ini.