Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah mengarahkan Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyiasat aduan pengguna mengenai bil elektrik yang tinggi yang dikenakan Tenaga Nasional Bhd (TNB).
Menterinya Yeo Bee Yin berkata pihaknya menerima lebih 300 aduan dari seluruh negara berhubung isu bil elektrik tinggi itu dan ST akan mengambil tempoh 14 hari untuk menyiasat sama ada aduan itu adalah kesilapan TNB.
Beliau berkata tindakan undang-undang boleh diambil terhadap TNB jika syarikat utiliti itu didapati tidak memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 9C Akta Bekalan Elektrik 1990, di mana ia perlu memenuhi standard prestasi pembekalan dan perkhidmatan pengguna.
Yeo dalam sidang media di sini hari ini berkata pihak TNB telah berjumpa dengan ST hari ini dan telah mengemukakan antara tiga alasan berhubung isu bil elektrik naik mendadak.
Namun, katanya pihak ST tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan, dan oleh itu siasatan seterusnya akan dijalankan.
"Bagi ST masa untuk menyiasat dan kemudian satu laporan menyeluruh akan dikemukakan.
“Kami memberi jaminan kepada pengguna yang mendapat bil yang tidak munasabah bahawa aduan mereka akan didengari dan berharap TNB dapat menanganinya sebelum pengguna pergi ke ST kerana ia sepatutnya buka saluran untuk aduan orang ramai,” katanya.
Menurut Yeo, dalam pertemuan antara ST dan TNB itu, syarikat utiliti itu itu telah menyatakan tiga alasan kepada ST antaranya mengenai pembilan yang dibuat melebihi 30 hari, malah ada kes di mana bil eletrik dikira sehingga 38 hari.
Antara alasan yang diberikan TNB itu juga menunjukkan terdapat 'kecuaian' teknikal di pihak syarikat utiliti itu dan oleh itu, TNB perlu bertanggungjawab sepenuhnya, katanya.
Menurut Yeo, TNB boleh dikenakan denda maksimum RM25,000 bagi setiap kes yang diadukan oleh pengguna sekiranya didapati bersalah.
Selain itu, katanya TNB yang juga pemegang lesen dalam isu itu boleh dicaj RM500 sehari atas sebab kelewatan menyelesaikan kes pengguna
Yeo menyeru orang ramai untuk menyemak bil eletrik mereka dengan TNB terlebih dahulu sebelum mengemukakan aduan kepada ST jika tidak mendapat layanan adil.
Beliau berkata pihaknya menerima aduan lebih tinggi iaitu sebanyak 359 aduan pada bulan ini sahaja, iaitu aduan berkaitan meter pintar dan kenaikan bil yang tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2019
Yeo menunjukkan Proses Pengurusan Aduan yang boleh dilakukan pengguna kepada ST pada sidang media berhubung isu bil elektrik yang meningkat sejak kebelakangan ini di ST, Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAM
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina
Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).
EAIC perkenal talian aduan menerusi WhatsApp
Selain itu, EAIC masih mengekalkan penerimaan aduan melalui saluran sedia ada iaitu SPAPS di Portal EAIC, e-mel dan secara bersemuka.
KPDN Melaka terima 390 pelbagai aduan kepenggunaan
Antara aduan diterima membabitkan transaksi dalam talian iaitu tidak menerima barang atau perkhidmatan serta barang atau perkhidmatan diterima tidak seperti ditawarkan termasuk pakej umrah.
KKR terima 5,836 aduan menerusi aplikasi MYJalan, 1,203 diselesaikan - Nanta
Kementerian Kerja Raya telah menyelesaikan sebanyak 1,203 aduan daripada keseluruhan 5,836 aduan yang diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat 6 Dis lepas.
HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit
HTAR memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengabaikan hak-hak pelanggan.
3,750 aduan jalan rosak diterima menerusi MYJalan setakat 30 Okt
Sejumlah 3,750 aduan diterima melalui aplikasi MYJalan bagi tempoh 1 Ogos hingga semalam (30 Okt), antaranya berkaitan masalah jalan berlubang, kerosakan papan tanda dan perabot jalan.
116 aduan internet oleh Ahli Parlimen akan diambil tindakan - Fahmi
Fahmi merakamkan penghargaan buat kesemua Ahli Parlimen yang memberi kerjasama penuh dengan kementerian.
Orang ramai tidak digalak guna media sosial untuk salur aduan berkaitan bekalan - Fuziah
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan media sosial untuk membuat aduan berkaitan bekalan barangan keperluan.
Buat aduan buli secara terus di reruai KPM
Petugas di reruai akan menunjukkan cara untuk membuat aduan berkenaan kepada pengadu.
Polis Kedah terima 306 laporan sepanjang tempoh PRN
Polis Kedah menerima 306 laporan berkaitan pelbagai jenis aduan sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) bermula 28 Julai hingga 13 Ogos lepas.