Seorang suri rumah berusia 51 tahun ditahan pasukan Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Puchong pada 9 Mei lepas kerana merancang serangan pada hari pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada hari yang sama.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata suspek disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas merancang untuk melancarkan serangan menggunakan kereta untuk merempuh pengundi bukan Islam di pusat mengundi pada hari tersebut.
“Selain itu suspek juga merancang untuk merempuh rumah ibadat bukan Islam menggunakan kereta yang dimuatkan dengan tong gas sebagai bahan letupan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata setakat 27 Mac hingga 9 Mei lepas, PDRM telah menangkap 15 suspek berusia lingkungan 17 hingga 51 tahun kerana disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas termasuk suri rumah terbabit dalam operasi di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Kelantan dan Sabah.
Tangkapan itu melibatkan enam suspek rakyat tempatan, dua warganegara Filipina yang mempunyai taraf penduduk tetap Malaysia, sepasang suami isteri daripada Afrika Utara, empat warganegara Filipina dan seorang warganegara Bangladesh.
Bernama
Fri Jun 01 2018
Tangkapan itu melibatkan enam suspek rakyat tempatan, dua warganegara Filipina yang mempunyai taraf penduduk tetap Malaysia, sepasang suami isteri daripada Afrika Utara, empat warganegara Filipina dan seorang warganegara Bangladesh.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Bot karam di Mediterranean: 49 migran diselamatkan pengawal pantai Itali
Seramai 49 migran yang dalam perjalanan dari Afrika Utara ke Eropah berjaya diselamatkan pengawal pantai Itali dalam kejadian bot karam di Laut Mediterranean.
50,000 rumah runtuh dalam gempa bumi di Maghribi
Kerajaan akan memberikan bantuan kecemasan bernilai 30,000 dirham (kira-kira AS$3,000) kepada keluarga yang terjejas akibat gempa bumi itu.
Suri rumah rancang serangan 9 Mei antara 15 suspek pengganas ditahan
Seorang suri rumah ditahan pasukan Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM di Puchong pada 9 Mei lepas kerana merancang serangan pada hari pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada hari yang sama.
Syarikat-syarikat ASEAN masih lemah dalam amalan hak kanak-kanak
Syarikat-syarikat di rantau ASEAN hanya mencapai skor 2.1 daripada 9 mata dari segi pelaksanaan dan mengutamakan hak kanak-kanak dalam amalan syarikat dalam tempoh lima tahun ini.