Golongan wanita terutama ibu atau suri rumah mempunyai peranan besar dalam mengekang penularan pandemik COVID-19 serta memberikan kerjasama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah memasuki fasa ketiga.
Ini kerana sebagai pengurus rumah tangga mereka juga turut mempunyai tanggungjawab bagi memastikan rantaian jangkitan itu tidak merebak seterusnya boleh mengawal keadaan negara.
Pakar psikologi Dr Fauziah Mohd Saad berkata wanita terutama golongan suri rumah mempunyai 'kuasa luar biasa' dan merupakan insan penting dalam sesebuah institusi keluarga yang boleh mempengaruhi isi rumah dalam pelbagai perkara.
Justeru, katanya, perkara paling utama dalam mendidik ahli keluarga, suri rumah perlu memahami dan mempunyai maklumat yang secukupnya mengenai pandemik COVID-19 dan perkara berkaitan jangkitan itu.
"Maklumat banyak disediakan dalam televisyen mahupun media sosial, namun suri rumah perlu tapis sebarang maklumat diterima, akhir-akhir ini banyak informasi yang boleh menakutkan orang ramai, meningkatkan keresahan orang ramai, jadi seseorang ibu memainkan peranan penting, kena selidik mana yang betul.
"Ini penting kerana maklumat yang diterima itu akan disalurkan kepada anak-anak, ibu ni ada kuasa pengaruh minda keluarga dia, sebab tu kena ada maklumat yang tepat untuk beri kefahaman," katanya kepada Bernama.
Fauziah yang juga Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata bagi suri rumah yang berada di luar bandar, masalah capaian internet bagi mendapatkan maklumat bukanlah satu kekangan kerana golongan itu boleh mendapatkan banyak maklumat mengenai wabak berkenaan melalui berita dan informasi yang disiarkan di televisyen saban hari.
"Dalam konteks ini suri rumah atau ibu kena berfikiran positif, dia sendiri orang yang pertama sekali kena berfikiran positif sebab kalau positif, kita keluarkan tenaga positif, tapi kalau negatif, benda negatif lah yang akan terjadi," katanya.
Sementara itu, Pakar Perunding Psikiatri Universiti Malaya Profesor Madya Dr Muhsin Ahmad Zahari tidak menafikan pengaruh ibu atau isteri dalam mendidik keluarga dan pentingnya mereka menjadi 'model peranan' dalam keluarga.
"Ia bermula dari dalam rumah, ibu perlu menitikberatkan soal penjagaan kebersihan bagi mengelakkan jangkitan, kalau sebelum ini kurang menekankan budaya kebersihan, ambil mudah, tetapi dalam keadaan ini kena lebih cakna.
Ibu juga kena ada ilmu, pengetahuan kesihatan perlu ada, mereka kena tahu apa itu COVID-19, bagaimana jangkitannya, jadi bila dah ada ilmu mereka tahu langkah berjaga-jaga yang perlu dibuat dan senang untuk ajar anak-anak pula," katanya.
Beliau berkata ibu atau isteri juga perlu lebih kreatif, mereka boleh mengajak ahli keluarga melakukan kegiatan produktif seperti memasak bersama, membersihkan rumah, bermain 'permainan video' dalam talian dan sebagainya sebagai inisiatif mengelak kebosanan.
Sementara itu, suri rumah, Masitah Hasan, 36, berkata dalam memastikan keluarga mematuhi perintah kerajaan, beliau memastikan dirinya sentiasa mendapat informasi terkini mengenai wabak berkenaan untuk dikongsi kepada keluarga serta mendidik mereka tentang bahaya dan langkah bagi membendung penularan pandemik itu.
"Saya selalu mengikuti perkembangan COVID-19 di negara ini melalui televisyen, kadang-kadang di laman sosial pun banyak dikongsi maklumat itu, saya sebagai ibu adalah orang pertama dirujuk ahli keluarga, jadi memang saya betul-betul ambil perhatian.
"Kalau untuk beli barang, hanya suami sahaja yang akan keluar dan saya akan memastikan penggunaan 'pensanitasi tangan' dan basuh tangan dengan kerap oleh ahli keluarga saya," katanya.
Pada 18 April lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihati rakyat Malaysia untuk terus patuh kepada PKP memandangkan pendekatan itu penting dalam memutuskan rantaian penularan jangkitan wabak itu walaupun jumlah kes positif COVID-19 semakin menurun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 20 2020
Dalam memastikan keluarga mematuhi perintah kerajaan, suri rumah perlu pastikan mereka sentiasa mendapat informasi terkini untuk dikongsi bersama keluarga serta mendidik mereka tentang bahaya pandemik itu. - Gambar hiasan
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.