Cuaca panas yang berlaku di Kelantan sejak kira-kira dua minggu lepas menyebabkan paras air Sungai Golok yang menjadi 'batu sempadan' antara Malaysia dan Thailand di negeri ini, semakin susut.
Tinjauan Bernama ke Rantau Panjang di sini, mendapati keadaan itu menyebabkan pembentukan beting pasir di tengah sungai sekali gus menyebabkan kesukaran kepada pengusaha bot penambang melakukan aktiviti mereka.
Selain itu, tinjauan Bernama dekat Kampung Jeram Perdah di sini, pula mendapati jarak antara Malaysia dengan Thailand menjadi 'lebih dekat' berikutan sungai tersebut menjadi seperti parit dengan jarak kira-kira 4 meter.
Berikutan itu, penduduk yang tinggal berdekatan boleh menyeberang ke negara jiran secara berjalan kaki sahaja kerana batu yang berada di tengah sungai sudah timbul dan rapat ke negara jiran.
Seorang pengendali bot penambang, Din Mamat, 50, berkata berikutan fenomena itu, pemandu bot perlu lebih berhati-hati ketika mengendalikan bot mereka kerana bimbang terlanggar bongkah kayu atau batu yang berada di dasar sungai yang semakin cetek.
Beliau berkata malah ada juga bot yang tersangkut pada pasir kerana dasar sungai yang terlalu cetek sehingga menyebabkan ia terpaksa ditolak kerana enjin galah juga tidak mampu berfungsi.
"Namun keadaan itu juga menarik perhatian penduduk setempat terutama kanak-kanak dari kedua-dua negara yang tinggal di tebingan sungai untuk mandi-manda di sungai berkenaan terutama pada waktu petang.
"Sekiranya air semakin mengering saya jangka keadaan di sungai ini akan menjadi seperti 'pesta' sebagaimana yang berlaku beberapa tahun lepas sehingga ada yang datang berniaga di sungai ini," katanya ketika ditemui Bernama di sini.
BACA: Kebakaran hutan di Dungun meningkat, purata empat kes sehari - Bomba
Seorang penduduk Kampung Jeram Perdah, Ismail Awang, 60, berkata fenomena cuaca panas menyebabkan pengendali bot tidak serancak seperti biasa kerana penduduk boleh melintasi kawasan sempadan dengan berjalan kaki sahaja.
"Sebelum ini kawasan ini menjadi tumpuan penduduk memasang pukat dan memancing tetapi sekiranya air semakin surut mungkin menyukarkan usaha nelayan darat mencari rezeki," katanya.
BACA: Cuaca panas sehingga pertengahan April - MetMalaysia
Sementara itu, laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan menunjukkan paras air Sungai Golok berada pada paras 3.58 meter berbanding paras normal 5 meter.
Selain itu, Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah pula menurun kepada 7.30 meter berbanding paras normal 10 meter manakala Sungai Kelantan di Air Mulih, Pasir Mas menurun kepada 1.57 meter berbanding paras normal 4 meter.
Bagaimanapun, paras air di kebanyakan sungai di Hulu Kelantan seperti Gua Musang dan Kuala Krai masih dalam keadaan normal.
Kelantan kini dilanda cuaca panas walaupun masih berada dalam monsun Timur Laut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2019
Din Mamat (kanan) menceritakan beliau perlu berhati-hati kerana bimbang terlanggar bongkah kayu atau batu yang ada di dasar Sungai Golok memandangkan paras sungai itu semakin cetek ekoran musim panas. --fotoBERNAMA
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Elon Musk mungkin kenakan caj untuk pengguna X baharu, sebelum boleh lakukan perkongsian
Ia dikatakan mungkin adalah satu-satunya cara mengatasi masalah bot spam, apatah lagi dengan pelbagai kebolehan teknologi AI.
Penduduk baik pulih bot, sedia hadapi banjir di Tumpat
Persiapan penduduk dengan bot sangat penting dalam menempuh sebarang kemungkinan lebih buruk pada musim tengkujuh.
Pengotor antara punca Aceh enggan terima etnik Rohingya
Kehadiran pelarian Rohingya didakwa mengganggu kehidupan seharian penduduk, selain muak dengan sikap mereka yang gagal berasimilasi.
Kapal pengangkut selamatkan 68 pendatang di Laut Aegean
Kesemua penumpang tidak cedera dan mereka dipindahkan ke kapal pengangkut oleh pengawal pantai.
Penduduk mula sediakan bot, rak tinggi sebagai persediaan hadapi banjir
Kawasan kampung itu antara 'hotspot' banjir justeru penduduk sudah mula mengambil inisiatif membuat persiapan awal.
Bot terbalik langgar ikan paus, lima maut
Bot yang membawa 11 penumpang itu terbalik di perairan Goose Bay, kira-kira 15 kilometer selatan Kaikoura.
40 bot nelayan asing dilupuskan jadi tukun tiruan
Kaedah penenggelaman bot-bot nelayan asing sebagai tukun tiruan merupakan inisiatif dalam memulihara dan menggalakkan biodiversiti marin.
Anggota APMM Sabah didakwa terima rasuah
Tertuduh didakwa menerima wang itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas bot yang mempunyai lesen bot tamat tempoh.
1.03 tan daun ketum tidak sempat keluar muara Kuala Kedah
Bot tersebut dikesan menuju keluar dari muara Kuala Kedah dalam keadaan gelap dan mencurigakan sekitar jam 6.30 pagi.
Sudah lali, penduduk kampung beli bot hadapi banjir
Ternyata pelaburan penduduk kampung itu tidak sia-sia, bahkan mampu menyelamatkan harta benda dan nyawa keluarga tersayang.