Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail.
Sultan Sharafuddin dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan tragedi yang menimpa Allahyarham Safwan sebagai suatu pengorbanan yang amat mulia di sisi agama, bangsa dan negara.
"Beta berdukacita dan kesal atas tragedi yang menimpa Allahyarham akibat dilanggar oleh pemandu mabuk ketika Allahyarham sedang menjalankan tugas menjaga keselamatan rakyat.
"Beta memandang berat kes kemalangan cuai sebegini dan berharap si pelaku akan dikenakan hukuman yang setimpal," titah baginda.
Sultan Sharafuddin turut berharap waris dan ahli keluarga Allahyarham Safwan terus tabah menerima ketentuan berkenaan.
Dalam kejadian 2.11 pagi Ahad lepas, Allahyarham Safwan, 31, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan, selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu pemandu disyaki mabuk dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), di Kajang.
Susulan rempuhan itu, kenderaan pacuan empat roda terbabit turut terbalik dan menghempap mangsa, yang ketika itu bertugas di sekatan jalan raya Op COVID-19, berhampiran plaza tol berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 05 2020
Sultan Sharafuddin berharap waris dan ahli keluarga Allahyarham Safwan terus tabah menerima ketentuan berkenaan. - Gambar BERNAMA
NCEC setuju transformasi perundangan sisa pepejal diadakan - KPKT
Mesyuarat NCEC bersetuju mengadakan transformasi perundangan bagi sisa pepejal.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
'Puluhan ribu gugur terkena mesin perang Zionis'
Masa yang sepatutnya diguna untuk meraikan sambutan Hari Pekerja Sedunia diganti dengan himpunan untuk menunjukkan tanda bersolidariti dengan rakyat Palestin. Itu yang berlaku di Tunisia yang mana ribuan rakyatnya berhimpun di ibu negara Tunis sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Gaza dengan memanggil himpunan sebagai 'May Day'.
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Pemuda maut dalam perjalanan ke rumah tunang
Hasrat seorang pemuda berkunjung ke rumah tunangnya di Kampung Batu Balai, Jerantut untuk makan tengah hari tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan di KM 9 Jalan Benta-Jerantut, hari ini.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Warga emas jatuh motosikal maut digilis treler
Mangsa yang berusia 73 tahun itu dipercayai digilis di bahagian kepala serta badan dan tersepit di bawah lori di bahagian tayar hadapan.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.