Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah memberi perkenan terhadap pembinaan jajaran jambatan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) setinggi 25 meter yang akan merentasi Selat Johor secara lurus bagi menghubungkan Woodlands, Singapura ke Bukit Chagar, Johor Bahru.
Baginda memberi perkenan itu ketika menerima menghadap Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah bersama pegawai-pegawai kanannya di Istana Bukit Pelangi, di sini, Rabu lepas.
Sesi menghadap itu adalah untuk mengemukakan tiga pilihan jajaran bagi projek RTS setelah mengambil kira cadangan Sultan Ibrahim ketika pertemuan SPAD bersama baginda pada 19 Sept lalu.
"Sultan telah memberi perkenan bagi jajaran jambatan setinggi 25m yang akan merentasi Selat Johor secara lurus. Jajaran ini mematuhi panduan teknikal Jabatan Laut Malaysia yang menetapkan had ketinggian jambatan bersama drauf udara minima 25m," kata SPAD dalam kenyataan di sini, hari ini.
SPAD berkata Sultan Ibrahim juga menekankan kepentingan memastikan penyuraian trafik di kawasan stesen RTS Bukit Chagar dalam sesi itu dan pihaknya akan mengambil tindakan terhadap perkara tersebut.
"Suruhanjaya ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada Sultan atas sokongan dan perkenan bagi projek RTS ini. SPAD juga ingin merakamkan penghargaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan atas kepimpinan dan bimbingan beliau dalam projek RTS," katanya.
Sebelum ini, baginda dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan reka bentuk trek rel yang melengkung, selain jambatannya yang mungkin mencapai ketinggian 30 meter di bahagian tengahnya.
Pembinaan RTS dicadangkan pada Mei 2010 sebagai alternatif kepada 80,000 hingga 100,000 pengguna Tambak Johor setiap hari.
Apabila siap, RTS mampu menampung pergerakan sehingga 10,000 penumpang setiap jam antara dua stesen di Woodlands dan Bukit Chagar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2017
SULTAN IBRAHIM memberi perkenan pembinaan jajaran jambatan Projek RTS setinggi 25 meter yang akan merentasi Selat Johor secara lurus menghubungan Woodlands, Singapura dan Bukit Chagar, Johor Bahru. - Gambar Facebook officialsultanibrahim
Menteri Kewangan Malaysia dan Indonesia bincang kewangan Islam, industri halal di Washington
Pertemuan di Washington diadakan ketika mereka mengetuai delegasi negara masing-masing ke Mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia 2024.
Peruntukan bersyarat kepada wakil rakyat pembangkang - Nga Kor Ming
Peruntukan yang bakal disalurkan kepada wakil rakyat pembangkang adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Surat batal PJD Link Expressway diserahkan dalam masa terdekat - Nanta
Satu surat rasmi akan diberikan dalam masa terdekat kepada pemaju berhubung pembatalan projek pembinaan Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway).
SKMM sita telefon bimbit milik Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo
Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.
Pantau Agenda Reformasi: Awas! Pihak main sentimen rakyat, ancam keharmonian
Apa pendekatan yang boleh dilakukan untuk membendung tindakan pihak-pihak yang memainkan sentimen perkauman dan keagamaan yang mengancam keharmonian negara?
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Nombor plat eksklusif UUM bukan hanya untuk warga universiti
Nombor plat eksklusif UUM bukan khusus dijual kepada warga universiti tetapi boleh dimiliki oleh orang awam atau syarikat yang berminat dengan plat tersebut.
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Trip.com raih pertumbuhan tidak dijangka bagi tempahan perjalanan
Pulau Pinang dan Kota Kinabalu mengalami pertumbuhan ketara, dengan jumlah tempahan meningkat, masing-masing sebanyak 62 peratus dan 89 peratus tahun ke tahun.
MIDF Research kekal pandangan positif
Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, HPI Malaysia telah berada pada trajektori menaik sejak 2022, berikutan pembukaan semula ekonomi.
Stesen RTS Singapura 10 kali lebih besar berbanding stesen MRT biasa - Menteri Pengangkutan
Stesen itu akan merangkumi bangunan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang membolehkan pelancong diperiksa dan disahkan oleh CIQ Singapura dan Malaysia pada satu hentian.
RTS Link diteruskan, kos 36 peratus lebih rendah
Malaysia, Singapura akhirnya bersetuju untuk meneruskan projek Rapid Transit System (RTS) Link antara Johor Bahru dan Singapura dengan kos keseluruhan projek ditetapkan kepada RM3.16 bilion
Malaysia terima pelbagai cadangan bagi RTS - Loke
Loke berkata kerajaan menimbang untuk melibatkan sektor swasta dalam projek tersebut, yang menelan kos RM4 bilion dan akan ditanggung oleh kerajaan Malaysia.
Isu projek RTS: Sultan Johor berkenan serah tanah Bukit Chagar tanpa kos
Baginda Sultan Johor mendakwa tidak dimaklumkan tanah miliknya akan terlibat dalam projek berkenaan.
Sultan Johor perkenan pembinaan jajaran jambatan Projek RTS
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi perkenan terhadap pembinaan jajaran jambatan Projek RTS setinggi 25 meter yang akan merentasi Selat Johor secara lurus menghubungkan Woodlands ke Bukit Chagar.