Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan mahu pihak Suruhunjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap fitnah yang disebarkan terhadapnya.

Beliau merujuk kepada potret dan kenyataan yang kononnya Kerajaan menaikkan harga minyak kerana ingin mengurangkan kadar kemalangan di negara ini yang tersebar sejak beberapa hari lalu.

“Pegawai saya juga akan membuat laporan polis, #PDRM. Kita mesti #PerangiFitnahMediaSosial #SemakSebelumSebar juga #FikirSebelumTular,” kata beliau menerusi laman media sosial, Twitter.


Pada masa sama, Maslan menafikan dakwaan kenyataan kenaikan harga minyak untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

“Saya tak pernah sebut kenyataan ini, apa hal saya nak sebut tentang harga minyak, bukan bawah MITI,”


Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 naik tujuh sen kepada RM2.38 seliter manakala RON97 naik enam sen kepada RM2.66 seliter berkuat kuasa tengah malam 16 Nov hingga 22 Nov.

Harga runcit diesel pula naik lima sen kepada RM2.25 seliter, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

BACA: Harga runcit petrol, diesel naik