Semua produk tembakau yang diimport, diedarkan, telah dijual, ditawarkan untuk jualan atau dimiliki untuk jualan di Singapura perlu mematuhi peraturan pembungkusan yang distandardkan bermula 1 Julai ini.
Produk tembakau termasuk rokok, cerut kecil, cerut, "beedi", "ang hoon" dan rokok gulung.
Menurut Kementerian Kesihatan republik itu, spesifikasi peraturan baharu itu meliputi rupa bentuk, pembungkusan, pelabelan ke atas pembungkusan runcit semua produk tembakau.
Ia meliputi penyingkiran semua logo, warna, imej dan maklumat promosi di atas bungkusan produk tembakau, selain daripada jenama dan nama varian dipaparkan dengan satu warna dan gaya "font" yang standard.
Ia juga menyakskan peningkatan saiz minimum grafik amaran kesihatan kepada 75 peratus daripada 50 peratus pada masa ini untuk semua permukaan bungkusan produk tembakau ditetapkan.
Kementerian itu berkata ketidakpatuhan kepada peraturan ini merupakan satu kesalahan yang boleh didenda tidak melebihi S$10,000, penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan untuk kesalahan pertama.
Kementerian itu berkata notis selama 12 bulan sejak 1 Julai tahun lepas telah diberikan kepada pengeluar tembakau, pengimport, pemborong, peruncit untuk membuat pelarasan dan persiapan kepada pelaksanaan sepenuhnya peraturan itu bermula 1 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 29 2020
Ia meliputi penyingkiran semua logo, warna, imej dan maklumat promosi di atas bungkusan produk tembakau, selain daripada jenama dan nama varian dipaparkan dengan satu warna dan gaya "font" yang standard. -Gambar hiasan
ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri berhubung apa jua insiden yang berlaku di negara ini.
34 penjawat awam ditahan, sebabkan ketirisan RM2 bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang mencecah 2 bilion ringgit bagi tempoh tiga tahun lepas.
[KOLUMNIS] Penyesuaian pesakit dengan stoma: 5 perkara yang perlu anda ketahui
STOMA merupakan bukaan usus di bahagian badan pesakit yang terhasil selepas pesakit menjalani pembedahan berkaitan usus.
Pasangan suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru
Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Pemuda Dong warisi perniagaan buah kabung
Proses mendapatkan buah yang turut dikenali sebagai buah nau dalam kalangan masyarakat utara itu rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
Standard baharu untuk bungkusan semua produk tembakau di Singapura mulai Rabu
Semua produk tembakau yang diimport, diedarkan, telah dijual , ditawarkan untuk jualan atau dimiliki untuk jualan di Singapura perlu mematuhi peraturan pembungkusan yang distandardkan bermula 1 Julai.