Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat semua laporan secara profesional dan tidak berpihak kepada sesiapa.

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata siasatan berhubung dakwaan terhadap seorang Menteri Kanan Kabinet seperti yang dinyatakan oleh Datuk Lokman Adam akan dikendalikan di bawah timbalannya serta pasukan siasatan beliau.

"Saya tidak akan terlibat dalam apa-apa cara, sama ada siasatan atau membuat keputusan," katanya menerusi kenyataan media pada Rabu.

Sebelum ini, Datuk Lokman Noor Adam ada membuat satu laporan SPRM berhubung tuduhan bahawa menteri tersebut menerima sejumlah AS$741,440 (RM3.08 juta) daripada satu konglomerat pada Disember 2017.