RAKYAT menghadapi pelbagai fenomena yang menggugat ketenangan pemikiran mereka sejak awal tahun 2020.
Antaranya paling besar pandemik COVID-19, usul tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula dari 13 Julai sehingga 27 Ogos dan Ahli Parlimen yang melompat parti.
Pandemik COVID-19 yang memasuki era pemulihan dapat diselesaikan dengan jayanya oleh kebijaksanaan Muhyiddin.
Sementara fenomena melompat parti oleh segelintir Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyebabkan beberapa kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Harapan (PH) jatuh ke tangan Perikatan Nasional (PN).
Sementara itu, antara yang menarik mutakhir ini adalah pemilihan seorang pemimpin dari Sabah yang telah dicalonkan sebagai bakal perdana menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pencalonan ini sekali gus akan menggagalkan cita-cita Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai perdana menteri.
Malah pencalonan seorang tokoh politik PH dari Sabah sebagai bakal perdana menteri bukan sahaja menimbulkan pelbagai andaian dan persoalan dalam kalangan rakyat bahkan dalam kalangan masyarakat Sabah dan Sarawak sendiri.
Sememangnya tidak ada sebarang masalah atau halangan dari segi lunas undang-undang negara bagi seseorang dari Sabah atau Sarawak (Borneo) yang memiliki 56 kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada jumlah kerusi Parlimen untuk dilantik sebagai perdana menteri, malah negeri yang keluasannya lebih kurang 60 peratus daripada keluasan Malaysia.
Namun, rakyat masih tertanya-tanya terhadap niat atau strategi di sebalik pencalonan tersebut kerana ini adalah kali pertama seorang pemimpin dari Pulau Borneo dicadangkan untuk dilantik sebagai perdana menteri.
Sejarah politik
Sejarah politik negara menunjukkan bahawa sokongan dari negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak amat penting, malah menjadi penentu kepada pembentukan kerajaan pusat.
Sokongan dari kedua-dua negeri ini amat diperlukan kerana Sabah mempunyai 25 kerusi Parlimen, manakala Sarawak pula dengan 31 kerusi Parlimen yang menjadi simpanan tetap (fix deposit) kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak penubuhan Persekutuan Malaysia.
Sejarah negara juga menunjukkan kejatuhan kerajaan BN selepas hampir 61 tahun memerintah apabila kehilangan sokongan Sabah dan Sarawak pada PRU14.
Namun, baru-baru ini, sokongan Sarawak terhadap pencalonan Muhyiddin sebagai perdana menteri telah menyumbang kepada pembentukan kerajaan PN pada awal bulan Mac selepas pentadbiran PH jatuh berikutan tindakan Dr Mahathir yang melepaskan jawatan perdana menteri.
Maka tidak dapat dinafikan bahawa peranan Sabah dan Sarawak dalam politik negara begitu penting sehingga menjadi penentu atau king maker dalam pembentukan kerajaan Persekutuan.
Pencalonan seorang pemimpin daripada Sabah sebagai calon perdana menteri dijangka menimbulkan kekhuatiran dalam Muafakat Nasional (MN) dan BN terhadap kebarangkalian peluang untuk kedua-dua entiti tersebut dalam menguasai majoriti di Parlimen pada masa akan datang.
Ekoran daripada itu, gabungan politik mula melaksanakan percaturan masing-masing untuk mengukuhkan kedudukan mereka sebelum PRU diadakan.
Kekuatan gabungan
Dalam pada itu, PH dilihat semakin lemah dengan parti-parti di bawahnya berpecah menjadi beberapa kumpulan dan serpihan.
Manakala, gabungan MN dan BN pula dilihat semakin pantas mengukuhkan kekuatan dan perpaduan dalam kalangan mereka bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Pemimpin parti dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),UMNO, Pas, MCA, MIC, PBB, SUPP, PBP, PRS, PBS, PBRS dan STAR telah mengadakan perjumpaan khas baru-baru ini dan menzahirkan sokongan terhadap kepimpinan Muhyiddin.
Malah beberapa parti politik dari Sarawak dan Sabah juga jelas menzahirkan sokongan kepada Muhyiddin.
Tindakan parti-parti dalam gabungan PN jelas berusaha untuk mempertahankan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri malah menyokong beliau menerajui kerajaan PN pada PRU15.
Dengan itu, pencalonan calon dari Sabah tidak akan memberikan kesan yang begitu ketara dalam pola sokongan daripada Sabah dan Sarawak.
Malah, sokongan daripada pelbagai parti termasuk daripada Sarawak dan Sabah menunjukkan Muhyiddin akan mengungguli usul undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen dengan mudah.
Dalam pada itu, media turut melaporkan bahawa usaha terhadap pendaftaran PN sebagai gabungan parti-parti politik sedang diusahakan.
Sekiranya usaha ini dapat dimuktamadkan dengan jayanya, maka PN dijangka menggantikan gagasan BN yang akan menjadi titik permulaan lembaran baru dalam politik baru negara.
Seperti sedia maklum, BN adalah gabungan pelbagai parti yang ditubuhkan pada tahun 1973 apabila tiga parti politik iaitu UMNO, MCA dan MIC diperluaskan kepada skala yang lebih luas iaitu meliputi 14 parti politik daripada seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Matlamat gabungan BN ketika itu adalah untuk mengetepikan perbezaan politik, menolak perdebatan dan retorik politik yang sia-sia (politicking) dan lebih memfokuskan kepada pembangunan dan perpaduan negara dalam menjamin kesejahteraan kepada rakyat.
Gabungan parti-parti tersebut dianggap sebagai parti gabungan pemerintah yang paling lama dalam dunia demokrasi.
Jadi, usaha untuk menghidupkan semula semangat kerjasama politik di antara parti-parti politik demi pembangunan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara sudah bertunas di kalangan pemimpin-pemimpin parti politik utama yang mewakili pelbagai kaum dan etnik dalam negara.
Adalah menjadi harapan rakyat agar konsep gabungan parti-parti politik tersebut menjadi kenyataan dalam masa yang terdekat demi keamanan, keharmonian dan kesejahteran rakyat, lebih-lebih lagi untuk kestabilan politik.
Kemenangan calon BN yang disokong oleh MN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini dengan penuh bergaya jelas menunjukkan sokongan terhadap PN kian meningkat di kalangan rakyat.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Sun Jul 05 2020
Tidak dapat dinafikan bahawa peranan Sabah dan Sarawak dalam politik negara begitu penting sehingga menjadi penentu dalam pembentukan kerajaan Persekutuan. - Bernama
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
AWANI Ringkas: Mangsa 8 tahun cedera dibuli anak jiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 19th April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Mengenang Joseph Kurup: Jasa mendiang pasti dikenang negara, rakyat - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan jasa mendiang Tan Sri Joseph Kurup ketika menjadi menteri di peringkat Persekutuan dan negeri, akan dikenang rakyat dan negara.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Kelantan hargai kesediaan kerajaan Persekutuan bantu tangani krisis air- MB
Kerajaan Kelantan menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan dalam membantu menangani krisis bekalan air di negeri ini.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
Majlis sambutan Aidilfitri Madani 2024 di tujuh negeri, bermula esok di Johor
Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan di tujuh negeri, bermula dengan Johor, esok.