Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini melakukan serbuan ke atas rumah seorang suspek di Bemban, Melaka, berhubung penyebaran kandungan palsu terhadap kerabat diraja dan pemimpin negara di akaun Facebook dan blog disyaki miliknya.
Siasatan awal mendapati, suspek yang menggunakan akaun Facebook dan blog atas nama 'Abu Leman' merupakan pentadbir kepada kedua-dua laman tersebut, kata Ketua Bahagian Penguatkuasaan SKMM, Datuk Mohd Shafie Harun.
"Dalam serbuan tersebut, beberapa peralatan komunikasi seperti komputer riba, modem, telefon bimbit, kad SIM dan kad memori turut dirampas bagi membantu siasatan.
"Rakaman percakapan daripada suspek juga telah diambil,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Cyberjaya hari ini.
Menurut Mohd Shafie, serbuan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.
Katanya, tindakan diambil selepas pihak SKMM menerima aduan daripada orang ramai berhubung perkara berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam pada itu, Mohd Shafie menegaskan, SKMM tidak akan berkompromi dengan penyebaran berita palsu sebegini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang berkenaan.
Pada masa sama, pengguna media sosial disaran mempertingkat kawalan kendiri mereka ketika mengakses Internet dan tidak menggunakan platform tersebut untuk menyebarkan kandungan palsu, jelik dan menghina yang boleh mengundang kemarahan dan menjejaskan ketenteraman awam.
Astro Awani
Thu May 02 2019
Menurut SKMM, rakaman percakapan suspek pemilik akaun FB dan blog itu juga telah diambil.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
SKMM serbu rumah pemilik akaun FB 'Abu Leman'
Suspek yang disyaki miliki akaun Facebook dan blog 'Abu Leman' disoal-siasat kerana sebar kandungan palsu terhadap kerabat diraja dan pemimpin negara.