Polis menahan pemilik dan pengurus kedai haiwan Imadi Pet Global Sdn Bhd berhubung kes penipuan skim pelaburan kucing di tiga negeri melibatkan kerugian sebanyak RM1.56 juta.
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, SAC S. Sasikala Devi berkata, kedua-dua lelaki berumur 55 dan 34 tahun itu berada di premis ketika serbuan dijalankan di Seksyen 14 di sini pagi tadi.
Katanya, penangkapan dibuat hasil laporan polis oleh 35 mangsa terlibat.
Beliau berkata, kedua-dua lelaki tersebut juga dipercayai individu yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat mengenai skim pelaburan kucing berkenaan sejak Imadi Pet Global beroperasi tahun lepas.
Jelas Sasikala Devi, modus operandi skim pelaburan berkenaan adalah dengan memperdaya mangsa supaya 'membeli' kucing baka import di kedai terbabit untuk dibiakkan dan mereka akan menerima ganjaran lumayan sebanyak 70 peratus daripada hasil jualan anak-anak kucing tersebut.
Siasatan mendapati mangsa diperdaya untuk 'membeli' kucing baka import antaranya 'Maine Coon', 'British Shorthair' atau 'Pedigree' pada harga RM7,000 hingga RM30,000 mengikut jenis. Kucing berkenaan akan dibiakkan dengan kucing jenis baka lain di kedai tersebut.
Bagaimanapun, selepas setahun, mangsa yang dijanjikan pulangan itu mendakwa tidak menerima apa-apa ganjaran daripada pelaburan berkenaan. Ini menyebabkan mereka tampil membuat laporan polis.
Beliau berkata dua lagi cawangan premis tersebut iaitu di Johor Bahru, Johor dan Setapak, Kuala Lumpur turut diserbu serentak hari ini namun premis di ibu negara itu didapati telah ditutup sejak dua bulan lepas.
"Setakat ini, pihak polis telah menerima laporan daripada 35 mangsa di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Berdasarkan laporan polis yang diterima, jumlah kerugian dialami oleh mangsa adalah sebanyak RM1.562 juta," katanya.
Dalam kedua-dua serbuan hari ini, polis merampas pelbagai dokumen berkaitan termasuk sijil-sijil baka kucing sebagai rujukan kerana setiap kucing yang terlibat dalam skim itu dipakaikan mikrocip yang mengandungi maklumat haiwan tersebut.
Polis percaya masih ramai lagi pemilik kucing diperdaya dalam skim ini dan mereka disaran supaya tampil membantu siasatan.
Kedai haiwan ini difahamkan ada beberapa lagi cawangan namun hanya mangsa dari tiga premis sahaja yang membuat laporan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Astro Awani
Fri Jan 12 2018
Antara kucing yang ditemui ketika serbuan di Imadi Pet Global cawangan Shah Alam hari ini. - Astro AWANI
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Skim pelaburan kucing tumpas
Pemilik dan pengurus kedai haiwan Imadi Pet Global Sdn Bhd ditahan polis berhubung kes penipuan skim pelaburan kucing di tiga negeri melibatkan kerugian sebanyak RM1.56 juta.