Siswazah universiti yang bekerja sendiri seperti menjual nasi lemak dan menjadi pemandu Uber perlu diberikan pujian kerana mereka mampu bekerja sendiri tanpa perasaan malu untuk melakukan pekerjaan sedemikian biarpun berkelulusan tinggi.
Anggota Parlimen Kubang Pasu Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata sepatutnya tiada pihak memperkecilkan pekerjaan sedemikian yang dilakukan golongan itu sebaliknya perlu memberikan kata semangat dan motivasi kepada mereka kerana tidak mengharapkan pendapatan makan gaji semata-mata.
"Patut beri semangat kepada anak-anak muda apa saja pekerjaaan yang mereka lakukan, kerana pada masa ini ramai telah membuat dua pekerjaan untuk menambah pendapatan.
"Janganlah memilih pekerjaan dan malu untuk bekerja, selagi ia mendatangkan pendapatan yang lumayan dan halal, buatlah.
"Kerana, graduan yang bekerja sendiri ini lebih baik daripada yang makan gaji dan ia lebih menguntungkan," katanya ketika mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Rabu lepas.
Mohd Johari berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan surat tawaran memasuki Maktab Rendah Sains Mara kepada 56 pelajar dari sekitar Parlimen Kubang Pasu di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior di Jitra di sini hari ini.
Rabu lepas menerusi 'policy talk' kedua yang disiarkan secara langsung di Facebook, Dr Mahathir dipetik mendakwa ada siswazah kini bekerja sebagai pemandu Uber atau menjual nasi lemak dan keadaan itu tidak boleh dibanggakan sebaliknya mereka ini yang terlatih sepatutnya bekerja menggunakan kebolehan, ilmu dan kecekapan yang mereka peroleh.
Mohd Johari juga berkata kerajaan melalui pelbagai agensi dan jabatan turut menyediakan banyak peluang pekerjaan serta bantuan perniagaan kepada golongan graduan dan belia untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Timbalan Menteri Pertahanan mengharapkan pasukan keselamatan terus proaktif memperketatkan kawalan dan keselamatan di sempadan negara supaya tidak mudah dibolosi sebarang anasir luar yang boleh menggugat keselamatan negara ini.
"Selain itu, saya juga harap keselamatan di sempadan diperkemaskan sekarang ni kerana selepas ini kita buka 24 jam nanti maknanya keselamatan di sempadan amat penting dan harap pihak berkuasa lebih berhati-hati kerana dikhuatiri anasir militan seperti Daish yang mana jika tidak dijaga boleh memasuki negara kita bila-bila masa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2018
Mohd Johari berkata kerajaan turut menyediakan banyak peluang pekerjaan serta bantuan perniagaan kepada golongan graduan dan belia untuk meningkatkan taraf hidup mereka. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Israel secara rahsia menyelaraskan serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.
Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish
Antonio Guterres berkata, siasatan adalah penting dalam kes menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kematian akibat serangan.
Serangan bom kereta: 8 maut, 15 cedera termasuk Ahli Parlimen Afghanistan
Menurut pihak berkuasa, serangan turut mencederakan 15 yang lain termasuk Ahli Parlimen, Khan Mohammad Wardak.
6 penguat kuasa undang-undang cedera serangan pengebom bunuh diri di Rusia
Letupan berlaku di luar bangunan Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB)
EU pertimbang langkah baharu tangani ekstremis
Ini susulan siri pembunuhan di Austria dan Perancis dalam beberapa minggu terakhir oleh pengganas yang dikaitkan dengan militan Daish.
UK tingkat tahap ancaman keganasan kedua tertinggi
United Kingdom (UK) meningkatkan tahap ancaman keganasannya pada tahap kedua tertinggi susulan serangan di Austria dan Perancis.