Sistem pendidikan tinggi Malaysia yang bertaraf antarabangsa sering dijadikan contoh dan panduan oleh banyak negara di dunia.
Perkara itu diakui oleh Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Prof Dr Ahmed al-Raissouni yang berkata kualiti pendidikan, siswazah dan segala hasil penyelidikan Malaysia telah menjadi contoh kepada bukan sahaja negara-negara Islam malah negara Barat juga.
Selain itu katanya sistem pendidikan tinggi di Malaysia turut dijadikan sebagai rujukan untuk pembangunan pendidikan di negara asalnya, Maghribi.
"Kerajaan Morocco (Maghribi) telah membuat ketetapan supaya mengambil contoh sistem pendidikan tinggi di Malaysia untuk membangunkan bidang pendidikan di negara kami," katanya kepada Bernama selepas mengadakan kunjungan ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, pada Ahad.
Beliau berkata demikian dalam Bahasa Arab yang kemudiannya diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.
Mengulas lanjut Ahmed al-Raissouni yang juga Profesor Pelawat Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA berkata selain bidang pendidikan tinggi, Malaysia juga dikagumi oleh banyak negara Islam di dunia kerana kejayaan pembangunan sosial, politik, sistem demokrasi dan kehidupan masyarakat majmuk.
Menurut beliau ciri-ciri tersebut menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara contoh dan wajar diikuti oleh negara-negara Islam di dunia.
"Walaupun kejayaannya bukanlah 100 peratus, Malaysia memang contoh yang sangat baik dari segi sosial, ekonomi, pendidikan, demokrasi dan masyarakat majmuk," katanya yang berkali-kali memuji usaha Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019, baru-baru ini.
Ditanya mengenai gagasan Rahmatan Lil Alamin menjadi dasar pentadbiran negara, Ahmed al-Raissouni berkata "Ia adalah satu konsep yang sangat baik, tetapi apabila menggunakan slogan ini hendaklah memastikan apa yang dibuat menepati apa yang digariskan dalam al-Quran."
Sementara itu Ahmed al-Raissouni berkata Kesatuan Ulama Islam Sedunia juga telah menjalin kerjasama dengan beberapa pertubuhan Islam di Perancis, Belgium dan Switzerland bagi menangani isu Islamophobia.
Beliau berkata dengan kerjasama tersebut diharap dapat menjadi wadah untuk menyampaikan risalah berkaitan keamanan kepada dunia sekali gus menangani isu Islamophobia.
"Matlamat kami di masa hadapan ialah untuk memastikan Kesatuan Ulama Islam Sedunia ini diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dengan itu ia akan menjadi wadah menyampaikan risalah baik bersama dengan dunia dan dari segi reputasi, persatuan kami mempunyai reputasi yang sangat baik dan ulama-ulama yang dihormati masyarakat dunia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 29 2019
Ahmed Al-Raissouni pada sidang media selepas mengadakan kunjungan di UniSZA, Kuala Nerus, 29 Dis, 2019. --fotoBERNAMA
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.