Bimbang nama disenaraihitamkan menyebabkan seorang warga emas kerugian RM103,950 selepas memberikan butiran perbankannya kepada sindiket Macau Scam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa lelaki yang berusia 63 tahun itu juga mengaktifkan perbankan dalam talian mengikut arahan suspek.
Katanya, mangsa yang merupakan pesara syarikat telekomunikasi dihubungi suspek pada 10 pagi, Jumaat lalu mendakwa nombor telefonnya akan disekat kerana mempunyai tunggakan RM4,000.
"Mangsa diminta untuk bercakap dengan anggota polis berpangkat sarjan yang meminta butiran nombor akaun dan nombor kad pengeluaran wang automatik (ATM) dua akaun miliknya untuk pembekuan akaun.
"Sarjan itu juga didakwa telah memberi arahan kepada mangsa menerusi WhatsApp untuk dia mengaktifkan perbankan online salah satu akaunnya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas pergi ke bank untuk mendapatkan pengesahan dan membuat semakan akaun yang dia mendapati terdapat terdapat 12 transaksi pemindahan wang dilakukan secara online.
Dia mendakwa tidak mengenali pemilik akaun tersebut dan semakan di satu lagi akaunnya mendapati wang simpanannya juga telah dikeluarkan tanpa pengetahuan.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh dekat sini, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2019
Mangsa diminta untuk bercakap dengan anggota polis berpangkat sarjan yang meminta butiran nombor akaun dan nombor kad pengeluaran wang automatik (ATM) dua akaun miliknya. - Gambar hiasan
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Veteran ATM di Sabah boleh mohon Rumah Mesra SMJ
Anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah yang tidak mempunyai kemampuan memiliki atau membina rumah sendiri boleh memohon Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).
Siasatan salah guna kuasa pegawai ATM, semua faktor akan diteliti - Adly
Kementerian Pertahanan memberi jaminan akan melihat semua faktor termasuk pengasingan kuasa agar siasatan berkaitan salah guna kuasa oleh ATM dilakukan dengan lebih terbuka.
Tular: ATM sahkan terima laporan dakwaan salah guna kuasa, kekerasan pegawai kanan
TDM mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak.
Veteran ATM terus disantuni menerusi PPV
Veteran ATM terus disantuni menerusi siri Program Peduli Veteran yang memfokuskan aspek kebajikan veteran dan keluarga.
Polis Perak berkas suspek terlibat 20 kes samun di ATM
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata lelaki warga tempatan berusia 39 tahun itu kini direman bagi membantu siasatan.
Balu pesara tentera bersyukur impian miliki rumah tercapai
Seorang balu kepada pesara tentera terharu dan menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk memiliki rumah baharu tercapai selepas lebih 25 tahun menumpang di rumah mentuanya.
ATM pastikan kawalan sempadan negara tahap tertinggi - Mohamed Khaled
ATM konsisten dalam memastikan sempadan negara dikawal pada tahap tertinggi demi mengekalkan kedaulatan negara.