Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 menjadi platform penting dalam mengorak langkah untuk membawa mesej Islam sebenar kepada dunia, lebih-lebih lagi dalam menyelesaikan isu radikalisme dan Islamophobia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Beliau, selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam berkata, radikalisme melahirkan tindakan keganasan kononnya atas nama agama yang membawa kepada Islamophobia, satu kebimbangan tidak berasas sehingga mewujudkan diskriminasi dan stigma buruk terhadap umat Islam di seluruh dunia.
Untuk itu, Mujahid berkata sidang kemuncak itu hadir dengan naratif Rahmatan lil Alamin untuk memberitahu kepada dunia bahawa Islam adalah agama yang progresif, produktif dan mahukan keamanan.
"Agama Islam ini mencari ruang untuk kita mengurangkan ketegangan dan umat Islam mahu hidup sebagaimana orang lain hendak hidup, menyumbang kepada kebahagiaan dan kesejahteraan dunia.
"Mesej ini sangat penting kerana ia akan melakarkan kehendak sebenar Islam...kita akan lihat apa sumbangan KL Summit ini kepada dunia," katanya kepada Bernama.
Dalam mendepani masalah yang dihadapi negara Islam, Mujahid berkata konsep Rahmatan lil Alamin sangat praktikal sama ada dalam menyelesaikan isu antara orang Islam dengan bukan Islam mahupun isu sesama umat Islam seperti perbezaan mazhab.
Mujahid berkata pengalaman Malaysia menjadikan Rahmatan lil Alamin sebagai dasar negara, disertakan dengan Maqasid Syariah, boleh dikongsi mana-mana negara untuk dipraktikkan mengikut konteks tempatan negara masing-masing.
"Tujuan Maqasid Syariah adalah untuk menjaga hubungan sesama manusia...melihat bagaimana Maqasid menyelesaikan isu ini. Ia meliputi kerangka masyarakat, undang-undang, tradisi, sistem politik dan kedudukan ekonomi sesebuah negara," katanya.
Menurut Mujahid, itulah sebabnya beliau membawa konsep Rahmatan lil Alamin ke peringkat antarabangsa antaranya ke University of Cambridge, dialog bersama 13 duta Kesatuan Eropah dan sesi penerangan bersama duta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Dalam pada itu, Mujahid berkata Sidang Kemuncak Kuala Lumpur sangat signifikan bukan sahaja kepada Malaysia, malah juga seluruh dunia Islam kerana ia menghimpunkan pemimpin dunia Islam untuk membincangkan survival umat Islam.
Selain mengupas sosioekonomi umat Islam, katanya, ia juga akan menjadi medan muhasabah diri untuk umat Islam bangkit daripada kelemahan yang ada.
"Dr Mahathir (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) selalu sebut tentang perlunya pemimpin Islam sesama mereka bagaimana hendak memastikan kita tidak ketinggalan. Jadi itu sangat penting untuk survival umat Islam hari ini," katanya.
Bagaimanapun, Mujahid berkata resolusi yang bakal dihasilkan pada sidang kemuncak itu nanti perlu disusuli dengan tindakan yang lebih proaktif .
Lima negara -- Malaysia, Indonesia, Turki, Qatar dan Pakistan -- akan menjadi perintis sidang kemuncak itu yang akan berlangsung dari 18 hingga 21 Dis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Seramai 450 pemimpin Islam, pemikir, intelektual dan cendekiawan dari seluruh dunia dijangka menghadiri sidang kemuncak itu.
Sidang kemuncak itu akan membincangkan mengenai isu umat Islam berdasarkan tujuh teras iaitu pembangunan dan kedaulatan; integriti dan tadbir urus yang baik; budaya dan identiti; keadilan dan kebebasan; keamanan, keselamatan dan pertahanan; perdagangan dan pelaburan; serta tadbir urus internet dan teknologi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 06 2019
Perdana Menteri selaku Pengerusi KL Summit 2019 melakukan gimik pra pelancaran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019) di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putarajaya, 21 Nov lalu. --fotoBERNAMA/Fail
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Kanak-kanak perempuan 4 tahun sudah jadi tunang orang
Sebuah rakaman video pertunangan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Indonesia menjadi tular di media sosial.
METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang
Pihak METMalaysia juga melaksanakan simulasi untuk mengenal pasti potensi berlaku tsunami akibat letusan itu dan ancamannya kepada Malaysia.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Piala Asia B-23: Dua kad merah saksi kehandalan Qatar ketepikan cabaran Indonesia
Pengadil, Nasrullo Kabirov, terlebih dahulu menghadiahkan sepakan penalti yang disudahkan Khaled Ali Binsabaa pada minit ke-44.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Sebahagian umat Islam di Jogjakarta sambut 1 Syawal hari ini
Imam Masjid Aolia, Sholeh Pranolo berkata, lebaran tahun ini disambut lebih awal atas dasar 'keyakinan dan perjalanan spiritual'.
Prabowo mahu tingkatkan persahabatan, kerjasama Indonesia-China
Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto zahirkan harapan untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara Indonesia dan China.
Indonesia tempah dua kapal selam dari Naval Group dan PT PAL
Kapal selam itu akan dibina di Indonesia menggunakan pemindahan teknologi daripada Naval Group.
Prabowo lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping di Beijing
Prabowo Subianto melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of the People di Beijing.