Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menafikan kononnya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila beliau diambil keterangan oleh beberapa pegawai agensi berkenaan di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh pada Isnin.
Jelas Idris, kedatangan pegawai SPRM itu bertujuan melengkapkan siasatan terhadap beberapa pegawai kerajaan negeri yang disyaki terbabit dengan rasuah.
"(Anggota SPRM) datang sempurnakan siasatan beberapa kes yang berlaku sebulan setengah yang lalu.
"Takkan siasat saya, kalau siasat saya lain macam (cara) dia (anggota SPRM) datang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Ketua Menteri 2017 dan pelancaram Pusat Komersil Hang Tuah Melaka di Ayer Keroh, di sini hari ini.
BACA: PM ingatkan penjawat awam jangan ambil hak rakyat
BACA: Usaha SPRM banteras rasuah bukan bermusim - Ahmad Zahid
Idris mengulas laporan sebuah akhbar hari ini mengenai kehadiran beberapa pegawai SPRM yang menemui beliau di pejabatnya pada petang Isnin.
SPRM dilaporkan mengambil keterangan daripada Idris selain mengambil beberapa kotak berisi dokumen berkaitan kerajaan negeri.
Mengulas lanjut, beliau tidak boleh menjelaskan hasil pertemuan dengan SPRM itu kerana ia bersifat rahsia.
Tegasnya, ia adalah prosedur biasa bagi SPRM yang perlu mengambil keterangan ketua kerajaan negeri untuk melengkapkan siasatan membabitkan pegawai atau kakitangannya.
Katanya lagi, ia juga sejajar dengan dasar kerajaan negeri yang membuka ruang seluas-luasnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan di peringkat pentadbiran.
Raffi Bachik
Tue Jan 10 2017
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menafikan kononnya disiasat SPRM apabila beliau diambil keterangan oleh beberapa pegawai SPRM. - Gambar fail
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Hari pengundian pada hari bekerja perkara biasa - Idris Haron
Penetapan tarikh hari pengundian pada hari bekerja merupakan satu proses biasa di mana-mana negara di seluruh dunia.
Kertas soalan UPKK hilang, tindakan tegas akan diambil - Idris
Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam kehilangan kertas soalan bagi tiga subjek Ujian Penilaian Kelas KAFA berikutan kejadian pecah masuk di JAIM, semalam.
Melaka henti pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga
Ia adalah bagi melakukan kajian dan semakan terhadap lesen sedia ada, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.
Tanah adat Melaka meningkat 28 peratus sejak 2006 - Idris
Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron menafikan Tanah Adat Melaka (MCL) semakin berkurangan, malah menegaskan telah mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus sejak 2006.
Rundingan tukar empat kerusi Gerakan - MCA selesai satu hingga dua bulan lagi
Perbincangan mengenai cadangan pertukaran empat kerusi antara Gerakan dan MCA dijangka selesai dalam satu hingga dua bulan lagi, kata Naib Presiden Gerakan A. Kohilan Pillay.
Pelancongan Melaka tidak terjejas dengan penutupan Tourism Malaysia - Idris Haron
Penutupan pejabat Tourism Malaysia di Melaka tidak akan memberi kesan besar kepada usaha kerajaan negeri mempromosi dan menarik kehadiran pelancong, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.
Siasatan SPRM tiada kaitan dengan dirinya, kata Idris Haron
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menafikan kononnya disiasat SPRM apabila beliau diambil keterangan oleh beberapa pegawai agensi berkenaan.
Waspada dengan 'kudis' dalam UMNO - Idris Haron
Anggota parti yang dilihat mempunyai niat negatif terhadap UMNO, perlu disisihkan segera agar tidak memberi kesan pada pergerakan jentera parti dalam persediaan menghadapi PRU.
Tolak provokasi dan fitnah terhadap PM - Idris Haron
Datuk Seri Idris Haron berkata Barisan Nasional perlu menolak segala provokasi dan fitnah yang dilempar segelintir pihak tidak bertanggungjawab demi menyokong Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.