Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab khabar angin mengenai wujudnya pertemuan beliau dengan 'orang kanan' kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bergelar 'Tan Sri'.

Perjumpaan itu kononnya mengenai komplot menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Tidak ada kebenaran di sebalik khabar angin itu, mungkin itu datangnya daripada musuh yang mahu menjejaskan hubungan saya dan Tun Dr Mahathir," kata Anwar semasa ditemubual di dalam program AI terbitan Astro AWANI.
"Saya dah kata sebelum ini, kalau nak bincang, boleh bincang tapi bincanglah dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau Perdana Menteri," kata Anwar semasa ditemubual di dalam program AI terbitan Astro AWANI.

Anwar menjawab isu ini melalui program wawancara khas AI, yang bersiaran pada Khamis, pukul 8.15 malam di saluran 501 Astro Awani dan www.astroawani.com/live-tv.

AI berdurasi 15 minit bersiaran setiap Khamis, 8.15 malam memberi fokus kepada pandangan dan pendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu-isu semasa dan dikendalikan oleh Ashwad Ismail.

Temubual penuh boleh disaksikan di sini -