SETAKAT 1 April, seramai 378 individu menjalani hukuman penjara kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara tersebut turut disahkan Jabatan Penjara Malaysia dalam sebuah kenyataan kepada media.

Justeru orang ramai dirayu supaya terus patuh PKP dan menjaga ahli keluarga supaya tidak menjadi penghuni penjara.

Terdahulu tular dakwaan peringatan daripada wadar penjara yang menerima pesalah PKP kategori juvana dan dewasa setiap hari.



Jabatan Penjara yang maklum dengan pesanan tular tersebut memandang perkara itu dari sudut positif.

“Kami juga maklum kenyataan ditularkan di WhatsApp dan beranggapan bahawa kenyataan itu bertujuan untuk memberikan pesanan dan nasihat kepada pihak luar terutamanya keluarga supaya sentiasa memantau pergerakan ketika PKP dikuatkuasakan,” menurut kenyataan itu.