Hari ini, dua individu telah mengumumkan pelepasan jawatan manakala seorang lagi dipindah ke jabatan lain selepas Pakatan Harapan secara rasmi dipilih untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad, 50 tahun memaklumkan telah menghantar surat penamatan kontraknya kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa hari ini dan akan melaporkan diri kembali ke Pejabat Peguam Negara esok.

BACA: Tugas-tugas bakal digalas Peguam Cara Negara, Engku Nor Faizah Engku Atek

BACA: Shahrir Samad letak jawatan Pengerusi Felda


BACA: Peguam Negara diminta bercuti - PM


Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah telah dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkuatkuasa serta mereta, kata Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Ali Hamsa.