Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan Pas menerima wang berjumlah RM90 juta daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Pemimpin Pas itu tiba pada kira-kira 9.20 pagi, menurut sumber SPRM kepada media yang menunggu di luar ibu pejabat SPRM di sini.
Pada 24 Feb lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dilaporkan berkata pihaknya setakat ini tidak mengesan sebarang transaksi dana RM90 juta disyaki daripada 1MDB dimasukkan ke dalam akaun bank Pas.
Sebelum ini, beberapa individu telah dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung siasatan tersebut antaranya Anggota Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, bekas Timbalan Presiden Pas Datuk Dr Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa.
Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dalam artikelnya pada 6 Ogos 2016 mendakwa ada pemimpin tertinggi Pas mungkin menerima RM90 juta untuk mendorong parti itu bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Isu itu timbul semula selepas Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat keputusan memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Rewcastle Brown berhubung artikel tersebut pada 1 Feb lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 28 2019
Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan. - Gambar fail
Tarikh akhir pelayaran tiga kapal akan dinilai semula
Wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi Break the siege of Gaza Freedom Flotilla ketika ketegangan di Asia Barat semakin memuncak susulan peperangan antara Iran-Israel.
Kapasiti empangan, sungai di Selangor masih pada tahap tinggi
Takungan air di semua tujuh empangan di Selangor dilapor berada pada kapasiti baik melebihi 73 peratus setakat semalam.
BN hanya dapat peruntukan RM100,000 masa jadi pembangkang - Ahmad Maslan
Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Ahli Parlmen dari Barisan Nasional (BN) hanya menerima peruntukan RM100,000 ringgit sewaktu jadi pembangkang.
Tiada syarat MP pembangkang sokong PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tohmahan kononnya Ahli Parlimen pembangkang dikenakan syarat untuk menyokong Perdana Menteri bagi mendapatkan peruntukan.
Kanak-kanak 8 tahun cedera jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cedera dipercayai menjadi mangsa buki anak-anak jiran di Hulu Langat, Kajang baru-baru ini.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum pada Hari Pekerja – PM Anwar
Penambahbaikan struktur gaji baharu penjawat awam hampir dimuktamadkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, beliau berkata, perkara itu telah telah diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024, yang beliau pengerusikan di Putrajaya pada Jumaat.
Dalam perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, beliau berkata, perkara itu telah telah diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024, yang beliau pengerusikan di Putrajaya pada Jumaat.
Tiada kerosakan kemudahan nuklear Iran - IAEA
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan tapak nuklear Iran tidak mengalami kerosakan selepas letupan kedengaran di tengah-tengah dakwaan serangan Israel ke atas negara itu.
Ketua Pengarahnya, Rafael Grossi menyeru semua pihak bertenang dan mengulangi bahawa kemudahan nuklear tidak boleh menjadi sasaran dalam konflik ketenteraan.
Ketua Pengarahnya, Rafael Grossi menyeru semua pihak bertenang dan mengulangi bahawa kemudahan nuklear tidak boleh menjadi sasaran dalam konflik ketenteraan.
Iran nafi diserang Israel, anggap ia propaganda Barat
Tiada serangan yang berlaku di Tabriz dan Isfahan pada Jumaat, seperti mana yang dilaporkan media barat, kata seorang sumber kepada portal berita Iran, Al-Mayadeen.
Memetik laporan tersebut, sumber berkenaan mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, sebahagian daripada usaha untuk mengelirukan pandangan dunia.
Memetik laporan tersebut, sumber berkenaan mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, sebahagian daripada usaha untuk mengelirukan pandangan dunia.
Pemain badminton negara pamer kekuatan mental menjelang Piala Thomas, Uber
Pemain negara mempamerkan tahap kekuatan mental dan psikologi yang mantap serta semangat juang tinggi menjelang saingan Piala Thomas dan Piala Uber pada 27 April hingga 5 Mei ini.
AWANI Borneo [19/04/2024] – Perubahan iklim | Kekurangan pakar perubatan | Dipercayai dibaham buaya
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Fauzi Zin
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.
Pengurusan 1MDB sepatutnya lakukan usaha wajar mengenai PSI - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pengurusan 1MDB sepatutnya telah melakukan usaha wajar mengenai kewujudan PSI sebelum dana 1MDB disalurkan kepada PSI untuk tujuan usaha sama.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
Dana SRC AS$15 juta dipindah kepada beberapa individu termasuk anak bekas PM Mongolia
Menurut pakar penyiasatan kewangan itu penyelidikannya mendedahkan selain Battushig, Dash Uranbileg iaitu tokoh politik di Mongolia menerima AS$2 juta daripada Muraset.
AG peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil.
Perjanjian berkaitan pemulihan aset 1MDB tidak terperinci - Johari
Perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs berkaitan pemulihan aset 1MDB pada 2020, dibuat dengan tidak terperinci.