Rakyat Malaysia yang layak mengundi kini boleh mengetahui di mana mereka boleh membuang undi mereka semasa pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Maklumat mengenai pusat mengundi dan saluran pengundi boleh disemak secara atas talian mulai hari ini. Ia termasuk lokasi sekolah atau dewan pusat pengundi anda.

Maklumat ini boleh didapati melalui laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di www.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak yang tersedia di Apple App Store dan Google Play, dengan menghubungi 03-8892 7018 atau menghantar SMS ke 15888.

Tarikh pengundian untuk PRU14 adalah 9 Mei, penamaan calon pada 28 April, sementara pengundian awal adalah pada 5 Mei.

9 Mei telah diisytiharkan sebagai cuti umum untuk seluruh negara bersempena dengan hari pengundian bagi membolehkan rakyat Malaysia melaksanakan hak mereka untuk mengundi.