Selangor berada pada peringkat amaran awal berkaitan jerebu dengan semua jenis pembakaran terbuka dilarang sama sekali.
Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hee Loy Sian berkata amaran awal itu dikeluarkan berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah dan sekolah perlu menghentikan atau menangguhkan kegiatan di luar kelas.
Beliau berkata jerebu di Selangor berpunca daripada kejadian jerebu rentas sempadan yang mana terdapat bilangan titik panas tinggi dikesan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia bermula Sabtu lepas hingga Isnin.
"Sebanyak 116 titik panas di kesan di Sumatera pada Sabtu, 350 titik panas pada Ahad dan semalam (391 titik panas) manakala di Kalimantan pula, sebanyak 646 titik panas dikesan pada Sabtu, Ahad (426 titik panas) dan semalam (255 titik panas).
"Selain itu, aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku di atas batas pertanian dan belukar di Johan Setia, Klang juga menyumbang kepada peningkatan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang tinggi di lokasi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
BACA: Jerebu: 200,000 topeng muka untuk calon UPSR di Sarawak
Justeru, katanya, beberapa tindakan diambil Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dalam usaha menangani isu pembakaran terbuka.
Antaranya, meningkatkan rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko berlakunya kejadian itu sama ada siang ataupun malam, bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi mengawal kes kebakaran serta meningkatkan penggunaan dron untuk memantau pembakaran terbuka.
BACA: Jerebu: Sarawak akan lakukan pembenihan awan
Selain itu kata Hee, JAS Selangor juga bekerjasama dengan Skuad Pantas Majlis Perbandaran Klang dalam memantau aktiviti pembakaran terbuka di Johan Setia terutamanya di lokasi yang berpotensi dibakar untuk aktiviti pertanian.
Tambah beliau, bagi menangani cuaca panas dan kering, setiap agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana itu diarah mempertingkatkan usaha pencegahan ke atas aktiviti pembakaran terbuka yang berpotensi mengakibatkan jerebu peringkat tempatan.
BACA: Malaysia sedia bantu Indonesia padam kebakaran di Kalimantan, Sumatera
"Selain itu, kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan semua pemilik tanah dinasihatkan memantau secara rapi kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti tapak pelupusan sampah, hutan, tanah gambut, ladang, kawasan pertanian dan industri.
"Pihak terlibat juga diseru supaya mengambil langkah mencegah pencerobohan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka sama ada untuk tujuan tertentu atau secara tidak sengaja," katanya.
Katanya, tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mereka yang didapati melakukan pembakaran terbuka mengikut Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan selain dikompaun sehingga RM2,000 atas setiap kesalahan.
BACA: Negara diselimuti jerebu kembali
Hee sekali lagi menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai IPU semasa sama ada melalui aplikasi MyIPU (Mobile IPU) menerusi telefon pintar atau melayari laman web JAS.
Orang awam yang ingin menyalurkan maklumat berkaitan pembakaran terbuka boleh menghubungi JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau Ibu Pejabat JAS Malaysia di talian 03-8871 2000 atau menghubungi Bilik Kawalan JAS Selangor di talian 03- 55197233.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar setakat pukul 9 malam tadi, IPU di lima kawasan di Selangor menunjukkan tahap tidak sihat dengan Shah Alam mencatat bacaan 130, Klang (113), Banting (123), Johan Setia, Klang (157) dan Petaling Jaya (1139) manakala Kuala Selangor menunjukkan bacaan sederhana iaitu 93.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 10 2019
Pemandangan sekitar Bandar Klang kabur ekoran jerebu yang melanda ketika tinjauan pada Selasa. --fotoBERNAMA
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Penduduk perlu peka cuaca semasa sebelum lakukan aktiviti luar - Pengarah Kesihatan Pahang
Orang ramai dinasihat tidak melakukan aktiviti luar sekiranya cuaca terlalu panas, selain pastikan pengambilan air yang mencukupi.
Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina
Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).
Cuaca panas: Orang ramai dinasihat elak pakaian tebal, ketat ketika aktiviti luar
Jika ada gejala berkaitan suhu panas, segera keluar daripada kawasan panas, tanggalkan pakaian yang ketat, letakkan kain basah pada badan.
Cuaca panas: KKM nasihat aktiviti luar kelas ditangguh sementara
KKM menyarankan supaya aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan sementara waktu di lokasi yang berstatus cuaca panas tahap satu.
Ombak besar, Pulau Pangkor tangguh aktiviti laut
Rakaman video menunjukkan laut bergelora menghasilkan ombak lebih besar berbanding situasi biasa hingga melimpah ke laluan kenderaan.
Cuaca panas: Johor arah sekolah tangguh sementara aktiviti luar bilik darjah
Arahan berhubung perkara itu dikeluarkan kerajaan negeri kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dua hari lepas.
Cuaca panas: Sekolah perlu hentikan aktiviti luar bilik darjah
Pihak sekolah perlu menghentikan semua aktiviti luar bilik darjah termasuk kokurikulum serta penganjuran sukan tahunan buat sementara waktu berikutan cuaca panas pada masa ini.
Tip kekal cergas ketika cuaca panas
Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan mengurangkan aktiviti luar.
Thailand beri amaran cuaca panas melampau
Sebahagian benua Asia melaporkan cuaca panas melampau bulan ini dengan suhu yang tinggi dikesan di beberapa negara.
Aktiviti luar bilik darjah perlu dibatal jika bacaan IPU tidak sihat
Pihak sekolah perlu membatalkan semua aktiviti luar bilik darjah jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 101.