"Dahulu 10 tahun setengah saya keluar masuk penjara, sekarang bilik itu (Penjara Sungai Buloh) kosong, nasib kamu pula!"
Demikian gurauan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menyentuh kes pendakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diperintah membela diri hari ini terhadap tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Anwar berkata, keputusan mahkamah memerintah Najib membela diri terhadap pertuduhan kes syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dianggap satu permulaan baik dalam memberi keadilan kepada rakyat.
Meskipun mengakui tidak sabar menunggu pemimpin seperti Najib dijatuhkan hukuman setimpal, Anwar menegaskan Pakatan Harapan (PH) dan rakyat perlu mengikut proses perundangan sedia ada.
"Saya jelaskan mengapa kita perlu pertahankan PH pada pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai. Kita bukan datang sini hendak buat propaganda semua benda kita sudah buat... kerana semua perkara (penambahbaikan) perlu ambil masa.
"Kita tidak boleh ubah negara sekelip mata... Tetapi kita ada proses undang-undang dan kita kena ikut," katanya sewaktu menyampaikan ceramah PH sempena PRK Parlimen Tanjung Piai di sini malam ini.
Dalam perkembangan lain, Anwar turut menegaskan parti politik adalah forum mengangkat martabat rakyat.
Menurutnya, parti politik bukan sekadar pihak bekerja kuat sebelum pilihan raya selepas itu hilang.
"Sebab itu sekarang kita kena bagi ruang PH hendak betulkan kerajaan... kena bagi ruang dan sokongan kepada (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) supaya politik aman.
Mahkamah Tinggi pada Isnin memerintahkan Najib membela diri dalam tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd.
Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali semalam.
Hakim berkata, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas perdana menteri itu dengan bukti-bukti yang boleh dipercayai.
Sinar Harian
Mon Nov 11 2019
Meskipun mengakui tidak sabar menunggu pemimpin seperti Najib dijatuhkan hukuman setimpal, Anwar menegaskan Pakatan Harapan (PH) dan rakyat perlu mengikut proses perundangan sedia ada. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.