Dunia seni hari ini berkabung susulan pemergian seniman legenda, Tan Sri Jins Shamsuddin.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Allahyarham meninggal dunia di Klinik Idham di Taman Melawati, Selangor semalam akibat sakit tua.

Susulan itu, barisan pelakon serta peminat menzahirkan doa serta ucapan takziah mereka kepada keluarga Allahyarham di media sosial.

"Hilangnya seorang lagi permata, seorang seniman," itulah luahan netizen di media sosial.





Menurut netizen, Allahyarham merupakan salah seorang pelakon negara yang sangat berbakat dan pemergiannya adalah satu kehilangan besar kepada negara.

Mereka mengelar Allahyarham sebagai seniman teragung kedua selepas Tan Sri P.Ramlee dan menyifatkan beliau sebagai pelakon yang paling karisma dan klasik di dunia perfileman Melayu.




Ada juga yang mengucapkan terima kasih kepada Allahyarham kerana memberi filem-filem yang mengagumkan dan berkata jasanya akan dikenang sepanjang zaman.