Puluhan individu akan dipanggil membantu siasatan terhadap Akuan Berkanun (SD) bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri yang mendakwa menerima arahan membunuh Altantuya Shaariibuu daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata saksi dan individu terlibat akan dipanggil dalam masa terdekat dan siasatan berhubung SD berkenaan sedang berjalan.
“Beberapa saksi, individu telah disenaraikan untuk dipanggil bagi merakam kenyataan. Kami akan melaksanakan tindakan jika ada arahan spesifik daripada Jabatan Peguam Negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi serta Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di sini.
Pada 16 Dis lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata polis perlu membuat pengesahan terhadap SD itu sebelum tindakan dibuat.
Azilah yang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati di penjara Kajang menuduh Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri dan Razak Baginda mengarahkan pembunuhan wanita Mongolia itu setelah meyakinkannya bahawa wanita berkenaan adalah perisik asing yang mengancam keselamatan negara.
SD itu difailkan bersama dengan afidavitnya untuk mengkaji semula keputusan Mahkamah Persekutuan dan memohon perbicaraan semula.
Najib pada Jumaat lepas melafazkan sumpah laknat di Masjid Kampung Baru bagi menafikan pembabitannya dalam kes pembunuhan Altantunya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 23 2019
ABDUL HAMID: Kami akan melaksanakan tindakan jika ada arahan spesifik daripada Jabatan Peguam Negara. - Gambar fail
KDA FC berjaya selesai tunggakan gaji
KDA FC berjaya selesaikan keseluruhan tunggakan gaji bagi musim 2023, sekali gus membolehkan pasukan kelab itu mengekalkan Lesen Kebangsaan bagi bersaing dalam Liga Super musim ini.
AWANI Tonight: Govt to draft MoU on allocations for opposition MPs
The government has agreed in principle to consider extending similar annual allocations to elected representatives from the opposition, with a draft memorandum of understanding (MoU) to be drawn up soon.
AWANI Tonight: 18 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Govt to draft MOU on allocations for opposition MPs
2. Volcano eruption: Thousands affected by flight cancellations
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt to draft MOU on allocations for opposition MPs
2. Volcano eruption: Thousands affected by flight cancellations
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Govt to draft MoU on allocations for opposition MPs
The government has agreed in principle to consider extending similar annual allocations to elected representatives from the opposition, with a draft memorandum of understanding (MoU) to be drawn up soon.
AWANI Tonight: Building climate resilient communities
With the effects of climate change worsening over time, Junior Cho of Zurich Malaysia shares about building sustainable communities that are climate-resilient through the Urban Climate Resilience Programme.
AWANI Tonight: Singapore loses world's best airport crown to Qatar
Doha's Hamad International Airport has been named the world's best airport at the annual Skytrax Awards, beating 12-time winner Singapore Changi to take the top spot.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Serangan ke atas kedutaan adalah satu deklarasi perang - Penganalisis
Sebarang bentuk serangan ke atas mana-mana kedutaan atau konsulat boleh ditafsirkan sebagai satu deklarasi perang.
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Banjir Dubai: Pengembara Malaysia turut terkesan
Menurut laporan media Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda hujan lebat sejak lewat Isnin hingga Selasa malam, mengatasi rekod sejak data mula dikumpulkan pada 1949.
PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk bahawa dirinya atau PDRM tidak menahan Patmanathan walaupun tahu lokasinya.
Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.
PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador
Menurutnya, buat masa ini beliau masih belum berjumpa secara peribadi dengan Abdul Hamid bagi membincangkan soal itu.
Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat
Sifat Abdul Hamid Bador yang berani bercakap benar dan tegas melengkapi ciri-ciri kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat.
Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis - Laporan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya apabila menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.
Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.
Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.
Tiada kartel PDRM: "Ini bukan mahkamah" - Hamzah Zainudin, blok pembangkang bertikam lidah
Ia bermula apabila Hamzah memaklumkan bahawa siasatan PDRM mendapati tidak wujud sebarang kartel di dalam badan penguatkuasaan itu.
Segerakan siasatan berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara - Asyraf Wajdi
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti dan campur tangan yang serius dalam insitusi Polis.
Hamzah tidak hadir Majlis Serah Tugas Jawatan KPN
Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Negara (KPN) di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.