Dipendekkan cerita, semua orang dah kenal Zahra. Zahra dikatakan membawa suara generasi baru.
#sorrynotsorry I beg to differ.
“With great power comes great responsibility.” Saya quote filem Spiderman untuk membuka bicara.
Great power, walaupun tidaklah power mana… saya merujuk kepada pendapatan yang Zahra terima.
Sebagai orang dewasa yang sudah berpendapatan pastilah Zahra perlu memikul tanggungjawab yang setimpal. Ternyata Zahra tidak layak. Pada RM500 pertama, Zahra sudah buat silap.
Pergi kerja memandu kereta; ada tol, minyak dan “parking” yang perlu dibayar -- ini tidak termasuk bayaran ansuran yang Zahra bayar pada Ayah, dan “road tax”, insurans dan sebagainya. Kalau Zahra betul nak jimat, naik LRT sajalah dari awal bulan ke hujung. Apa salahnya?
Tak payah tunggu poket kosong. Duit ansuran kereta dan perbelanjaan pengangkutan Zahra boleh simpan.
Tak perlu lagi malu dengan orang tua kerana Zahra mampu beri belanja pada Ibu Ayah.
Izinkan saya beralih kepada kesilapan kedua Zahra yang juga berharga RM500. Zahra sewa bilik RM500 sebulan, 8 orang serumah. Berapa harga sewa rumah ini sebenarnya? Hah. Saya tinggalkan perenggan ini untuk Zahra fikir.
BACA: ''Belajar tinggi-tinggi, akhirnya mengemis juga'' - #SayaZAHRA
Matanglah, Zahra. Tak ada orang yang mula membeli “property” pertama meletakkan sasaran sekitar Kuala Lumpur. Kalau Zahra banyak membaca buku pengurusan kewangan, kita disarankan bermula dengan rumah lelong, atau rumah flat biasa yang juga DISEWAKAN supaya rumah yang kita beli, orang lain (penyewa) yang bayar.
Belajarlah tentang “property appreciation” dan sebagainya.
Maaf, Zahra. Memang membeli rumah BUKAN pilihan. Membeli rumah adalah “luxury” yang jadi “affordable” sekiranya pandai mengurus kewangan. Tapi bukan hari ni pandai esok boleh beli ye? Sabar dulu. Jalan masih panjang.
Kita kena fikir untuk ada "life by design" bukan "life by default". Memang kalau ikut sistem, semua orang takkan kaya. Semua akan hidup biasa-biasa sahaja.
Orang luar biasa, hidup secara luar biasa.
Berita buruk untuk Zahra, hidup ni bukan sesenang mengubah sistem supaya semua orang tak payah bertungkus lumus. Bukan sesenang meminta bantuan kerajaan demi memenuhi impian peribadi. Kalau tiada perjuangan dan semuanya disuap, hidup hilang makna, Zahra.
Survival ini buat kita “hidup”. Jangan hadkan pemikiran dengan ilmu sedia ada dan bersikap menyalahkan orang lain.
Mereka yang berpendapatan tinggi, kalau Zahra cari dan tanya, Zahra akan dapati mereka semua bermula kosong seperti Zahra juga. Bezanya, kebanyakan mereka tidak mengharap pada sistem. Ramai pakat cari jalan kiri kanan depan belakang untuk tambah pendapatan. Makan gaji, tunggu naik pangkat lah baru gaji naik dan itu juga bukan mudah.
Kalau Zahra keluar, buka mata dan cari lagi, Zahra akan jumpa orang kaya yang tidak punya ijazah pun. Mesti Zahra akan rasa malu sebab menceceh nasib tak bertempat, sedangkan ada orang lebih susah.
Kos hidup memang tinggi, Zahra. Ini Zahra kena terima. Tapi kalau Zahra fikir masalah, memang tak ke mana. Zahra kena fikirkan cara keluar. Terikat dengan pekerjaan bukan penghalang untuk menambah pendapatan. Di pejabat saya sahaja saya boleh namakan sekurang-kurangnya 5 orang yang berniaga secara sambilan.
Sekali lagi, ini cuma untuk orang yang pandai; pandai mengurus masa.
Takkan Zahra nak kahwin lelaki kaya untuk hidup senang? Shallow sangat tu Zahra. Kahwin biarlah kerana cinta barulah bahagia. Dan kalau lelaki tersebut berfikiran macam Zahra alamatnya sampai tua tak kaya-kaya.
Banyak cara untuk menggandakan simpanan di luar sana. Dengan syarat Zahra kena ada ilmu. Mungkin hidup cara sederhana sekejap, lepas tu cari peluang melabur, berniaga ke apa-apa lah yang Tuhan ilhamkan. Dalam umur 30 Zahra dah boleh menikmati hidup yang lebih selesa.
Some people have it easy, Zahra. Itu rezeki dia. Tapi Tuhan bagi akal suruh kita usaha. Saya minta maaf, Zahra. Anda bukan mewakili generasi kita. Suara Zahra ini suara generasi “merintih nasib” dan tidak produktif.
BACA: Is whining the only thing that young Malays are good at?
Sekali lagi, orang luar biasa, hidup secara luar biasa.
#SayaMaisarah. Bye Zahra.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Maisarah Atan adalah seorang warga di Astro AWANI yang prihatin mengenai perkembangan semasa.
*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tiada kaitan dengan Astro AWANI
Maisarah Atan
Sat Jul 11 2015
Survival ini buat kita 'hidup'. Jangan hadkan pemikiran dengan ilmu sedia ada dan bersikap menyalahkan orang lain. - Gambar Fail
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
#SayaMaisarah
Matanglah, Zahra. Tak ada orang yang mula membeli 'property' pertama meletakkan sasaran sekitar Kuala Lumpur.
Serangan di Paris: #JeSuisCharlie trending
#JeSuisCharlie, atau 'Saya Charlie', terus trending di Twitter susulan insiden menembak mati 12 orang di pejabat akhbar satirikal Perancis, Charlie Hebdo.