I’m not aware of this. No one from LHDN came to me and no notice from them and my tax agent.”

Ini reaksi pelakon terkenal, Shaheizy Sam ketika dihubungi Astro AWANI untuk mendapat penjelasan berhubung satu notis kebankrapan yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap beliau 26 Mei lalu.

Shaheizy dalam aplikasi WhatsApp kepada stesen TV itu turut berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan dari agen cukai beliau berhubung perkara ini.

Shaheizy atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abd Samad turut berkata beliau tidak menerima apa-apa notis.

"Even my tax agent [dok] naik turun LHDN these past few months," katanya.

"Yes. In fact the person from LHDN came to my house last two weeks and hand me over a CP 500 letter [notis anggaran berapa bayaran harus dibayar tahun ini] and still takde mention all this," katanya lagi.

Bintang flem aksi lasak, Polis Evo itu turut berkata agen beliau sedang menghubungi LHDN untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

Shaheizy Sam

Semalam, satu notis kebankrapan telah dikeluarkan terhadap Shaheizy melalui Perintah Mahkamah oleh Kerajaan Malaysia di alamat penyerahan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cawangan Wangsa Maju, Unit Undang-Undang.

Perintah Mahkamah tersebut disampaikan secara penyampaian ganti dengan salinan Notis Kebankrapan beserta dengan salinan Perintah Mahkamah tersebut di Papan Notis Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor di alamat terakhir penghutang penghakiman iaitu M-11 Mahogany Villas, Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.

Iklan di sebuah akhbar Bahasa Malaysia untuk sekali siaran mengenai prosiding terhadapnya dan penyampaian yang sempurna dan cukup akan Notis Kebankrapan tersebut ke atasnya tujuh hari selepas tarikh akhir perbualan penampalan-penampalan dan pengiklanan tersebut.

Notis itu turut menyebut ianya boleh diperiksa olehnya dengan permohonan kepada Mahkamah ini.