Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, beliau berasa tidak selesa mempunyai wang yang banyak di dalam akaun kerana bimbang akan diputarbelit di luar konteks dari segi politik sekiranya maklumat tersebut bocor.
Justeru, bekas Perdana Menteri itu membuat keputusan untuk memulangkan hampir kesemua jumlah derma yang tidak dibelanjakan dan hanya menyimpan sebahagian daripadanya.
“Saya juga percaya dalam mengembalikan sejumlah besar derma tersebut yang tidak digunakan oleh saya adalah tanda niat baik saya kepada keluarga diraja Saudi yang akan diambil kira oleh mereka dalam memberikan sokongan kepada saya pada masa hadapan.
“Akhirnya, kira-kira sejumlah RM2.59 bilion (AS$620 juta) telah dikembalikan kepada penghantar dana-dana tersebut, Tanore Finance Corp dan baki sekitar RM 162 juta telah dipindahkan ke salah satu akaun baharu yang telah dibuka oleh saya pada Ogos 2013,” katanya dalam keterangan di Mahkamah Tinggi, di sini pada Rabu.
BACA: Najib dedah bukti sumbangan Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz as-Saud
Terdahulu Najib menegaskan, hanya mendapat tahu berkenaan dengan transaksi berjumlah RM2.08 bilion (AS$681 juta) itu apabila rakaman percakapannya diambil oleh SPRM.
“Ia juga sejurus selepas peguam saya memperoleh dokumen-dokumen perbankan berkaitan daripada Ambank.
“Semasa itu saya diberitahu terdapat wang yang dimasukkan dalam mata wang USD daripada pihak luar. Saya juga telah ditunjukkan sepucuk surat bertarikh 1 Mac 2013 yang mana dikatakan adalah daripada wakil sah Raja Abdullah.
“Surat tersebut menyatakan bahawa Raja Abdullah telah mengurniakan saya sejumlah wang RM3.34 bilion (AS$800 juta) sebagai hadiah yang mana saya boleh belanjakan atas budi bicara mutlak saya,” jelasnya.
Dalam pada itu Najib memberitahu, sebahagian dana itu digunakan untuk inisiatif CSR dan juga pembiayaan piihanraya bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus menjadi kerajaan.
“Ini akan memastikan kestabilan politik dan akan selari dengan apa yang Raja Abdullah inginkan,” ujarnya.
BACA: Jho Low urus derma bagi pihak keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Wan Syamsul Amly
Wed Dec 04 2019
Najib tidak selesa mempunyai wang yang banyak di dalam akaun kerana bimbang akan diputarbelit di luar konteks dari segi politik sekiranya maklumat tersebut bocor. - Gambar fail
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
"Saya tidak selesa ada banyak wang dalam akaun" - Najib Razak
Najib Razak tidak selesa ada wang yang banyak dalam akaun kerana bimbang akan diputarbelit di luar konteks dari segi politik.